Archive for the alfatihah.. Category

Alfatihah buat sahabat saya yang meninggal malam ini..

Posted in alfatihah.. on July 22, 2011 by sekamarrindu2009
malam ini, saya dikhabarkan sahabat saya Mohd Rahtib, 33 tahun meninggal tepat 7.00mlm kerana penyakit barah hati..meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil.
sempat ziarah dan sedekahkan surah yassin pada arwah malam ini.
semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya… Al-fatihah.

Datuk Sosilawati dan 3 yang lain mati dibunuh

Posted in alfatihah.. on September 12, 2010 by sekamarrindu2009

Berita kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 orang yang lain akhirnya terjawab juga. Hari ini dalam Utusan Malaysia, pihak polis telah mengumumkan bhawa kesemua yang hilang tu sudah pun mati, mangsa yg malang itu telah dibakar dan abunya telah di buang ke laut di Pantai Morib Selangor.
Di saat kita merayakan hari raya, dengan penuh kegembiraan, berita pembunuhan ini sangat memilukan dan mengejutkan. Pihak polis juga telah berjaya menahan 7 suspek bagi membantu kes ini.
Diharapkan pihak polis dapat mengrungkai kes ini dengan sedalam-dalamnya dan pihak yang bertanggungjwab harus mendapat hukuman yg setimpal..
alfatihah..
sumber: utusan malaysia

Lemas Di Pantai Pengkalan Balak

Posted in alfatihah.. on May 31, 2010 by sekamarrindu2009

saat memilukan.. sabarlah menempuh takdir Allah swt

Kegembiraan bertukar menjadi tragedi yang paling memilukan Abu Muthalib Abu Bakar, 42 dan Mohd Norizal, 34, tenggelam dipukul ombak kuat sebelum lemas di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka, semalam. Pantai Pengkalan Balak, merupakan satu pantai yang cantik di Melaka, dan selalu menjadi tumpuan pelancung di serata negeri pantai barat, selain Port Dickson, di Negeri Sembilan.

Mangsa, Abu Muthablib, yang berasal dari Taman Gunung Emas Tampin, Negeri Sembilan, meninggalkan seorang balu, Salina Osman, 40-an dan empat orang anak, manakala Mohd Norizal yang menetap di Taman Clonlee(2) Tampin meninggalkan seorang isteri, Sabariah Osman, dan dua anak.

Membaca berita ini, lantas ingatan saya teringat apabila saya membawa budak pengakap dan perkhemahan RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan) pada tahun lepas di pantai ini.

Semoga roh kedua-dua awrah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh….Al-Fatihah.
p/s: pantai ini banyak tinggalkan kenangan manis dan pahit buat saya..

Achik Spin meninggal kemalangan

Posted in alfatihah.. on April 18, 2010 by sekamarrindu2009

Awrah Acik Spin

Kereta terbakar ( sumber Berita Harian)


Acik Spin meninggal dunia- takziah kepada keluarganya.
Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28 maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban, di Mantin petang semalam. Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu, menyebabkan beliau mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaffar Seremban untuk dibedah siasat.

Kejadian berlaku ketika Achik bersama sepupunya Salihin Md Salleh, 29 tahun yang duduk di tempat penumpang depan pulang ke Seremban 2, selepas selesai menjalani rakaman program RTM di Angkasapuri., Kuala Lumpur

Alfatihah buat awrah..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt..amin.
p/s; semalam baru saja lalu jalan tu..

Al-Fatihah buat seorang sahabat yang dijemput Pulang pagi ini….alfatihah..

Posted in alfatihah.. on April 16, 2010 by sekamarrindu2009

dalam entri bertarikh 02hb April 2010, yang lalu saya ada membuat entri ” melawat sahabat di Hospital Tuanku Jaffar, Seremban.

hari ini, tepat jam 2.15 pagi tadi sahabat saya, Cikgu Esma, telah dijemput Ilahi setelah sebulan lebih berada di dalam wad.

hakikat kita hidup di bumi Allah swt ini, cuma sementara saja, semuanya pinjaman semata-mata..tiba masanya kita akan pulang kepada Pencipta kita, Allah swt.

Semoga roh awrah, dicucuri rahmat oleh Allah swt, dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..amin……

Alfatihah…
melawat sahabat di Hospital Tuanku Jaffar, Seremban