Archive for the alone Category

jika sepi itu..

Posted in alone on December 7, 2010 by sekamarrindu2009

::
kau,
akan ku peluk
sejuta senyum
pada ribu kasih sendu
pada ribu kasih bernama rindu.

Advertisements

APA YANG HARUS ISTERI BUAT BILA RASA SUNYI?

Posted in alone on October 11, 2010 by sekamarrindu2009

Anak yang comel dan kerjaya yang lumayan tidak menjamin hati dan perasaan itu bahagia, sama ada di pihak suami atau pihak isteri, bagi seorang isteri semua itu masih belum mencukupi. Isteri masih perlukan belaian dan rangsangan suami. Harai-hari yang dilalui pastinya membosankan bila asyik-asyik melakukan perkara yang sama setiap hari.
Bercakap soal kesepian isteri, apa akan jadi jika anda terus merasa sunyi dan sendiri tanpa kehadiran suami sebagai tempat bergantung. Walaupun dia suami ada, anda tidak merasakan suami ada bersama anda. Apabila isteri mahu membuat sesuatu keputusan yang penting, suami diam tidak bersuara, membiarkan hal diursukan seorang diri. Akhirnya isteri mesti membuat keputusan sendiri, dan menanggung sendiri. Ini bukanlah perkahwinan yang diikat di atas tali cinta dan kasih sayang tetapi semuanya adalah kepura-puraan dan ego yang dibiarkan merosakkan sesebuah rumahtangga.
APA YANG HARUS ISTERI BUAT BILA RASA SUNYI?
  • BERTERUS TERANG DENGAN SUAMI- Jadikan suami tempat mengadu, berlindung dan bersandar. Jika orang lain menjadi pilihan anda, maknanya anda tidak mempercayai suami anda sendiri. Mungkin isteri pernah melakukan hal ini tetapi suami tidak menunjukkan respons yg baik spt yang anda mahukan. Kadang2 amat sulit untuk melancarkan komunikasi dua hala ini. Isteri harus berkeyakinan untuk menguasai pemikiran dan perasaan suami ketika mencurahkan isi hati anda. Cubalah untuk mengaplikasikan kepada suami yang tercinta, insyaAllah jika isteri ikhlas, suara hati akan sambut dan suami semakin akan memahami.
  • KESEPIAN MEMBUKA HUBUNGAN TERLARANG- Kesepian kadang2 mengakibatkan seseorang melakukan perkara-perkara yang keji. Jika itu berlaku, sangat malanglah berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Isteri yang berkawan dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami ataupun menyalurkan emosi negetifnya dengan perbuatan yang biadap, anak-anak dibiarkan tanpa didikan, wang tidak pernah mencukupi, semakin kurang dan akhirnya berhutang dan ada juga yang pergi ke luar rumah untuk mencari ketenangan.. Janganlah dibiarkan perkara spt ini berlaku dalam perkahwinan anda. Alangkah bodohnya si suami yang hanya mahu dirangsang dan dilayan isteri tetapi membuat tidak tahu dengan keperluan nafsu seorang isteri.
  • HATI PERLU SUCI- Ingatkah anda di saat kali pertama memandang wajah bakal suami suatu ketika dulu? berdebar-debar bukan? tiba-tiba hati anda akan rasa sensitif. Kerana apa? Semua itu kerana Allah SWT telah titiskan perasaan kasih dan sayang di atas permaidani hati anda. Maka berbunga-bungalah rindu, taat setia dan rela berkorban semata-mata hendakkan si dia sentiasa ada di sisi. Kuasa hati akhirnya menyatukan anda berdua. Betapa pentingnya kesihatan hati perlu dijaga, tidak kira walau apapun situasi, termasuk di saat kesepian tanpa suami. Jika hati sihat dan cergas InsyaAllah bunga-bunga cinta anda semai bersama akan sentiasa harum.
Suami yang bijak pastinya dia tak akan biarkan isterinya sepi, namun kadang2 sebagai manusia kita tidak akan terlepas dengan semua itu. Itulah kelemahan kita, manusia yang dilahirkan daif dan serba kekurangan. Perbanyakkan melakukan amal-amal ibadat kepada Allah swt adalah cara yang terbaik dalam mengisi masa-masa lapang yg terluang, agar kita tak merasa kesepian lagi.