Archive for the Amah di tinggal di tepi jalan selepas diperkosa tujuh lelaki Category

Amah di tinggal di tepi jalan selepas diperkosa tujuh lelaki

Posted in Amah di tinggal di tepi jalan selepas diperkosa tujuh lelaki on December 29, 2011 by sekamarrindu2009

MAKKAH: Unit siasatan jenayah polis Makkah menemui seorang pembantu rumah warga Indonesia di pusat imigresen al-Jabal di lebuh raya Makkah-Laith dalam keadaan tidak bermaya.

Menurut polis, pembantu rumah berusia 20-an itu dilaporkan dibelasah dan diperkosa oleh tujuh lelaki mabuk, semalam. Polis berkata, wanita itu yang bekerja dengan penduduk tempatan di Makkah meninggalkan kediaman majikannya bersama dua lelaki muda menuju ke apartmen mereka di Jeddah.

Menurut kenyataan polis, lelaki terbabit kemudian menghubungi lima lagi rakannya untuk bertemu mereka di lebuh raya Makkah-Laith. Dua lelaki terbabit membawa alkohol dari Jeddah dan bertemu lima lagi rakan mereka di satu kawasan terpencil sebelum memperkosa wanita itu.

Mangsa kemudian ditinggalkan di jalan raya berhampiran lebuhraya Makkah-Laith.

Mangsa ditemui anggota polis peronda dalam keadaan terhoyong-hayang, lesu dan sukar untuk berjalan. – AN

sumber : myMetro

Advertisements