Archive for the amanah dan tanggungjawab.. Category

>walaupun cuti….masih ada kerja juga…..

Posted in amanah dan tanggungjawab.. on December 14, 2010 by sekamarrindu2009

>

Takwim Persekolahan Tahun 2011
Minggu lepas aku ke sekolah untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan sesi persekolahan 2011 yg akan menjelang tak lama lagi. Ketiga-tiga GPK telah diarahkan oleh guru besar untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit sebelum berlangsungnya Mesyuarat Guru Kali 1 pada hujung bulan ini. Di bawah tanggungjawab aku, semuanya sudah selesai, kecuali beberapa perkara yang akan diputuskan di dalam mesyuarat nanti, termasuklah soal bajet untuk ko-kurikulum dan hal-hal pembahagian tugas persatuan, permainan dan badan beruniform.
Pengalaman yang lepas2, soal pembahagian tugas permainan ni yang banyak memberi masalah pada aku…
” sir….., saya kalau boleh tak nak jadi cikgu bola jaring ni.. bagilah orang lain..” tulah yang menjadi kat aku saban tahun..
” saya nampak cikgu X lebih sesuai, lagipun cikgu X ada sijil jurulatih..apa salahnya ajar budak2 tu..” kata aku..dengan lembut.
itulah yang selalunya berlaku.
” ok mcm nilah….apapun kita bincang dalam mesyuarat nanti..” kata aku..wah mecm memberi harapan saja..tapi memang tak pun.. dalam Perancangan Strategik Ko-Kurikulum 2011, aku dah siap, dah buat dengan adil, sama rata, sama berat tanggungjawab masing-masing. So, tak perlulah diubah-ubah lagi ..kecuali ada alasan yang paling luar biasa, barulah akan diubah.
Dalam perbincangan itu juga membincangkan jadual waktu guru,(jadual besar dan persendirian),, siapa yang akan menjadi guru kelas?, panatia, pendaftaran tahun 1, pendaftaran pra-sekolah, dan bebeberapa hal yang berkaitan bantuan murid-murid yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban penjaga bagi sesi persekolahan 2011.
di bawah tanggungjwab aku semua kerja hampir selesai, alhamdulillah…semoga Allah SWT memudahkan segala urusan-urusan kerja aku……amin..!
ps: nite….esok masih busy…
Advertisements