Archive for the anak 6 tahun dilacur Category

>[ gambar ] anak berumur 6 tahun dilacurkan bagi melunaskan hutang ayah

Posted in anak 6 tahun dilacur on February 3, 2011 by sekamarrindu2009

>

Angkara tidak dapat melunaskan hutang yang dipinjam daripada sindiket pinjaman wang haram atau along, seorang bapa tergamak menjadikan anaknya sebagai mangsa tebusan pinjaman yang dibuatnya. Lebih menyedihkan, anaknya ketika itu baru berusia enam tahun dibawa ke ibu kota untuk dijadikan sebagai pelacur kanak-kanak sebelum diselamatkan dan kini ditempatkan di Rumah Amal Titian Kasih.
Nana, 14, berkata, hidupnya kini lebih gembira dan terurus apabila ditempatkan di rumah kebajikan dan tinggal bersama rakan-rakan yang kurang bernasib baik sepertinya. Dia mahu melupakan kisah silamnya dan menerima segala ketentuan yang terjadi dalam hidupnya sebagai takdir yang perlu diterima selain dijadikan iktibar kepada yang lain.
“Saya masih mempunyai ibu dan adik-beradik lain. Ada antara mereka tinggal di rumah kebajikan lain sekitar ibu kota”. Hatinya sangat merindui keluarganya dan berharap kehidupannya akan kembali gembira seperti keluarga lain. Atas bimbingan dan ajaran di RTK, Nana dapat mengikut segala tunjuk ajar berlandaskan agama dengan mudah.
Nana yang sebelum ini tidak bersekolah kini ditempatkan di sebuah sekolah menengah sekitar ibu kota bagi memastikan dia tidak ketinggalan dalam aspek pelajaran kerana pendidikan adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan. Dia tidak pernah menghalang Nana mahupun anak-anak jagaannya yang lain sekiranya ingin bertemu dengan sanak-saudara terdekat terutamanya menjelang Aidiladha.
***sungguh menyayat hati kita bila membayangkan anak gadis kecil berusia 6 tahun terpaksa melayan entah berapa ramai lelaki bernafsu buas atas kesilapan bapa sendiri. begitu pendek akal bapanya, betapa jahatnya seorang bapa yang sanggup menggadai maruah anak kecilnya dan mengutip hasil atas habuan seks yang di paksakan keatas anaknya itu. bukankah celaka namanya bapa seperti ini?. atau inikah yang dikatakan bapa haramjadah?

sumber: klik sini
p/s: moga menjadi iktibar….