Archive for the ayah ku sayang Category

>bila ayah bertanya pasal jodoh..aku jadi sebak..

Posted in ayah ku sayang on February 1, 2011 by sekamarrindu2009

>

malam ini sempat saya memasak untuk ayah….masak ala kadar lagipun saya bukannya pandai sangat..tapi demi ayah yang sedang sakit..saya cuba memenuhi permintaan..saya mahu melihat ayah gembira..tu yang penting..sejak ibu tiada tugas menjaga ayah adalah terletak dibahu saya..selagi ada nafas ini..selagi itulah saya akan memberi yang terbaik untuk ayah saya..

sejak ayah menghidap stroke..sejujurnya hati saya cukup sedih…memandang wajah ayah.hatiku terasa sayu.. namun ini adalah takdir..sebagai hambaNya yang lemah..saya dan abang hanya mampu redha dan sedaya upaya untuk cuba mengubati penyakit ayah saya ini..

pengorbanan ayah sangat besar untuk ku dan abang..kini tiba masanya untuk saya membalas segala pengorbanan yang sangat besar pada kami dua beradik.saya bernasib baik kerana mempunyai seorang abang bertugas sebagai doktor, sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk merawat ayah dengan cara yang terbaik..

tugas ku sebagai iman yang dulu yang menjadi iman adalah ayah, kini kerana ayah tidak mampu bergerak ..menguruskan ayah..membantu ayah mengambil air sembahyang untuk solat berjemaah, asar, maghrib, isyak dan subuh…zohor tidak sempat kerana saya balik dari bertugas di sekolah jam 2.00 petang..

bila ayah bertanya pasal jodoh…aku tak mampu untuk menjawabnya…hati terasa sayu dan sebak..