Archive for the balik kelantan 2 Category

balik kelantan bahagian 2

Posted in balik kelantan 2 on March 1, 2010 by sekamarrindu2009

Sabtu: 27hb Feb 2009-3.00petang

Selepas pergi ke Jamuan Laksa di SMK Zainab, Jalan Telipot,Kota Bharu, yang dianjurkan oleh PIBG sekolah berkenaan, saya sempat meronda di bandar Kota Bharu..hajat hati ingin membeli sesuatu untuk ayah, melalui jalan di bandar penuh kenangan ini, nescaya sudah banyak yg berubah..banyak jalan-jalan yang sekarang one way, tidak boleh nak redah sesuka hati saja, perlu berhati-hati..ini juga bermakna, betapa lamanya saya tidak balik kampung, betapa cepatnya masa berlalu..hinggakan banyak perubahan yang berlaku tanpa disedari..

saya singgah di kedai baju, dan pilihlah mana baju-baju yang sesuai untuk ayahanda saya. Beli songkok dan kain pelaikat yang sesuai. selepas selesai urusan saya pergi pula ke kedai jam untuk membeli jam..meskipun tidaklah mahal, namun pemberian ini sangat bermakna.

selepas semuanya selesai, saya pergi pula ke pasar untuk membeli kuih-kuih yang menjadi kegemaran..tapi susah jugak hendak cari..namun percarian saya akhirnya berjaya juga..hehehe..

dalam perjalanan pulang ke rumah, saya singgah di perkuburan untuk sedekahkan ayat-ayat suci al-quran serta surah yassin buat awrah ibu saya..moga Allah swt memberi rahmat serta mencucuri roh awrah ibu…amin.. begitulah rutin saya, walau sesibuk mana pun, pasti saya tidak lupa untuk melawat pusara ibu saya..semoga ‘anak-anak saya’ juga tidak lupakan ‘ayahnya’ juga nanti apabila saya tiada lagi.
p/s: …apa khabr hari ni?…
Advertisements