Archive for the banjir Category

Bersabarlah wahai penduduk Kedah dan Perlis yang terlibat dengan banjir

Posted in banjir on November 6, 2010 by sekamarrindu2009

lebuh raya Utara-Selatan menuju Bukit Kayu Hitam dinaiki air

seorang surirumah sedang membasuh pakaian di depan rumahnya

SEORANG peniaga, Zurinah Ali (kiri) melayan pelanggan dikedainya yang dilimpahi banjir di Sungai Baru Gunung, Alor Setar semalam.



Banjir yang melanda Kedah semakin buruk apabila mangsa yang dipindahkan kini meningkat daripada 28,000 kepada 39,783 hari ini. Peningkatan ini berikutan jumlah mangsa banjir di 2 daerah di negeri Kedah, iaitu di Kubang Pasu yang mencatatkan peningkatan kepada 21,111 yang melibatkan 5749 buah keluarga dan di Kota Setar seramai 16, 436 orang.
Dalam musim-musim banjir ini, para ibu bapa hendaklah mengawasi anak-anak mereka, kerana kealpaan ibu bapa mengawasi anak-anak pasti mengundang padah. Kita tak mau lagi mendengar anak-anak lemas dibawa arus deras dek kerana kealpaan ibu bapa mengawasi anak-anak.
Kepada seluruh penduduk Kedah dan Perlis yang terlibat dengan banjir..banyaklah bersabar semua yang berlaku adalah ujian dan dugaan Allah swt.

Advertisements