Archive for the belanda menang Category

Belanda 2, Brazil 1. Juara Dunia 10 kali tewas kepada Belanda

Posted in belanda menang on July 3, 2010 by sekamarrindu2009

meraikan gol kemenangan

Arjen Robben melompat tinggi bersama Mark van Bormmel (kiri) dan Dirk Kuyt (kanan)

Luis Fabiano dan Robinho merancang startegi permainan

Giovanni Van Bronckhorst memegang kepala Kaka ( nada marah..)

penyokong Brazil menitiskan air mata
gaya Wesley Sneijder selepas menjaringkan gol


malam ini sejarah tercipta lagi, apabila pasukan Belanda telah berjaya menewasakan Brazil; bekas juara dunia World Cup apabila kalah 2-1 dengan Belanda untuk layak ke Separuh Akhir Piala Dunia.Perlawanan yang berlangsung di Nelson Mandela Bay Stadium ini begitu mendebarkan, yang memaparkan kemahiran kelas dunia dapat dilihat kedua-dua pasukan saling menyerang ke gawang gol masing-masing. Brazil yang telah menjadi juara sebanyak 10 kali sebelum ini terpaksa akur akan kehebatan Belanda, dan menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka.

Brazil yang menyerang dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke 7 permainan, namun hantaran Kaka kepada Robinho telah outside terlebih dahulu. Ternyata wp gol ini tidak dikira oleh pengadil dari Jepun, namun semangat juang pemain Brazil telah berkobar-kobar menyerang ke kubu Belanda selepas itu.

Namun pada minit ke 10, permainan, Robinho yang mendapat hantaran “low pass” hantaran Felipe Melo berjaya mengelirukan pertahanan Belanda, dan dengan kepakaran serta skill yang tinggi Robinho berjaya menjaringkan gol buat Brazil. Semangat gol pertama, membuatkan Brazil menyerang bertubi-tubi, dan pada minit yang ke 32, penyerang berbisa Kaka, berjaya merembat ke gawang gol Belanda, wp pibtu gol luas ternganga, namun penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg berjaya menepis bola di sebelah kiri gawang Belanda.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan Brazil 1-, dan Belanda 0.

Separuh masa kedua bermula garang dan Belanda telah menukar corak penyerang dengan menyusun strategi yang berbeza dengan separuh masa pertama. Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk, telah menukarkan posisi Dirk Kuyt menyerang di sebelah kiri, dan bertukar posisi dengan Wesley Sneijder di sebelah kanan, untuk membuka ruang bagi menjaringkan gol. Numun kekentalan pertahanan Brazil menafikan gol Belanda.

Gol penyamaan Belanda, terhasil dalam minit ke 53, separuh masa kedua, apabila bola hantaran lambung Wesley Sneijder tertanduk di kepala pemain Brazil, Felipe Melo ( juga saya rasa kesilapan penjaga gol Brazil yg gagal menumbuk bola keluar) dan mencecah jaring.

Pemainan semakin rancak dan menarik. Kekasaran demi kekasaran telah berlaku, Tekanan begitu dirasakan oleh semua pemainpemain Brazil, terutama Robinho yang saya lihat sering bertengkar dengan pengadil dari Jepun tu.

Gol keramat Belanda, terhasil di minit ke 68 permainan, apabila hasil sepakan sudut Belanda, oleh Arjen Robben ditanduk cantik ke belakang oleh Dirk Kuyt, sebelum Wesley Sneijder ( yg free header) telah mudah menanduk ke kiri gawang Brazil.

Pada minit ke 72, pemain Brazil, Felipe Melo telah dilayangkan kad merah apabila mengasari Arjen Robben, dengan bermain 10 orang, corak permainan Brazil sudah bertukar menjadi kelam kabut, semua hantaran tidak menepati sasaran. Tekanan semakin terasa dan akhirnya Brazil terpaksa akur dengan kehebatan Belanda..

Wesley Sneijder telah diumumkan sebagai ” man of the match” yang setakat ini telah menjaringkan 3 gol. Belanda akan bertemu sama ada Ghana atau Uruguay pada 06hb Julai 2010 ini..

p/s:…sekali sekala kalah apa salahnya…

p/s:…moga dirahmati Allah swt selalu..