Archive for the biar lah rahsia.. Category

>biar jadi rahsia

Posted in biar lah rahsia.. on December 21, 2010 by sekamarrindu2009

>


senja yang tak terbuka..
sebuah rahsia menanti direka..

di tubuhku lekat kemeja lama..
warna pudar biru muda..
pada kancinganya tersimpan kata-kata..

di balik badan bingkasan cinta ku simpan..
pada kancing-kancing bajuku mata mu merenung tajam.

serupa membaca kitab purba..
satu persatu kata-kata dalam kancing bajuku kau eja.

kata-kata ku baca tuntas..
tetapi terasa janggal yang jelas..
sebuah kancing kemejaku hilang terlepas

di balik badan
bingkasan kau tawarkan..

untuk ku, kau bawa bingkisan serupa..
kemeja biru muda dan lengkap pula kancingnya
tapi adakah kata-kata tersimpan di dalamnya?

kau ku lihat diam.

” biarlah tubuhku tetap lekat kemeja lama
yang hilang satu kancingnya,
dan biarlah kata yang hilang jadi RAHSIA..”
3.45am

hidup kadang2 sukar.. tempuhilah dengan sabar…aku dah biasa dengan ujian dan dugaaan…

Advertisements