Archive for the bicara tentang sahabat…. Category

bicara tentang sahabat….

Posted in bicara tentang sahabat.... on August 10, 2011 by sekamarrindu2009


salam pagi semua…..
pagi ni SR nak bercakap mengenai persahabatan… persahabatan kadang2 banyak memberi erti pada seseorang, termasuklah saya… selain keluarga kita, mak, ayah, dan adik beradik kita, sahabat juga penting dalam hidup kita… mana mungkin kita mampu hidup seorang diri tanpa sahabat.. jesteru itu kita janganlah memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup kita ini, amatlah sukar kita mahu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
bagi mana kita nak kenal seseorang itu sahabat yang baik? pernah pelajar saya bertanyakan hal ini..dan saya dengan senang menjawabnya, persahabatan yang baik, ialah beliau akan memahami, merasai,apa yang kita rasa, apa yang kita alami…susah senang, seboleh2nya seseorang sahabat tu pasti akan merasa sedih ( sekurang2nya) jika berlaku apa2 pada sahabatnya.. seperti kata Kahlil Gibran dalam tulisannya, beliau menyatakan erti sebuah persahabatan adalah mudah. Sahabat yg baik adalah mereka yang mampu mengisi kekuranganmu dan bukan mengisi kekosongan seseorang sahabat. sangat mendalam maksudnya tu…
satu soalan mahu saya lontarkan di sinilah ialah, bagai mana cara kita mahu mengetahui seseorang sahabat tu baik dan sebaliknya?
dan yg pasti sebuah persahabatan itu di dalamnya mesti ada kejujuran..tanpa semua itu, persahabatan yang terjalin pasti tidak lengkap…
selamat berpuasa diucapkan pada semua sahabat2 saya…….moga semuanya berada di dalam rahmat Allah SWT hendakNya…..




Advertisements