Archive for the bila cuti…. Category

bila cuti…teringat memori lama……

Posted in bila cuti.... on June 4, 2010 by sekamarrindu2009

panorama indah di Pantai Sri Tujuh Tumpat

petang yg redup di Pantai Sri Tujuh
pulau di tengah Sungai Kelantan
di puncak Bukit Panau, Tanah Merah
Bukit Panau

bila cuti, dapatlah rehat dan melupakan hal-hal sekolah buat sementara waktu. lupakan juga program-program ko-kurikulum yang tak penah abis-abis tu. lupakan juga Jambori Pengakap Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Kubu Bharu, pada 21hb-25hb Jun nanti di Kuala Bharu Selangor, lupakan juga Petandingan Robatik..cuti kira cutilah yaa..

bila cuti juga teringat kenangan2 lama masa jadi pelajar sekolah dulu…memang seronok, dan masa cuti inilah pelbagai aktiviti boleh dilakukan, seperti berkhemah bersama-sama rakan, kembara menggunakan basikal, panjat bukit dan lain-lain..seronok betul, kadang2 cuti tu rasa mcm tak cukup saja…masa tu..

kenangan yang terindah bila masa cuti, masa dulu-dulu iaitu camping di sebuah pulau kecil yang terletak di tengah-tengah Sungai Kelantan. berhampiran Pasir Mas. Masa tu, kitaorang mahu sedikit cabaran, so di sanalah tempat yang sangat mencabar, menarik dan teruja. Bersama 5 orang rakan baik, setelah berbincang dan mendapat perkenan kedua ibu bapa masing-masing, kami menaiki perahu kecl untuk ke pulau tersebut…bestnya masa tu..

tak cukup dengan itu, sekali lagi kami berempat camping lagi, kali ni di tepi pantai pula. tempat yg kami rancang ialah Pantai Sri Tujuh. di Tumpat…semuanya terangkum sebagai kenangan yang terindah saya bersama rakan-rakan masa di bangku sekolah dulu.. Masih terbayang-bayang dengan jelas pepohon rhu di tempat kami mendirikan dua khemah..tak tahu sama ada ada lagi ke tak pohon-pohon rhu tersebut, dengar cerita banyak hakisan telah berlaku, sehingga menghakis pantai,

rasa belum cukup lagi tu……balik dari camping di tepi pantai, kami berempat mendaki bukit pula. wah….wah…bukit yang dipilih ialah Bukit Panau, yang terletak di Tanah Merah. Peristiwa bertembung dengan babi hutan semasa mendaki Bukit Panau tu sangat mencemaskan, dan kenangan itu kenangan yang terakhir saya dengan salah seorang rakan baik saya, Rosdi yang pergi menyahut panggilan Ilahi sehari kami pulang daripada aktiviti tersebut. Dia kemalangan jalan raya.

Semua aktiviti dilakukan masa cuti…dan bila cuti ini datang lagi..kenangan bersama rakan-rakan lama bergulir lagi di minda.. jujurnya, saya rindu akan kenangan yang lama tu..kini semuanya membawa haluan masing2, kepada Mi, Li, Nan..aku memang sangat rindu kalian.. kepada awrah Rosdi, semoga Allah swt mencucri rahmat ke atas rohnya..

Tu, aktiviti bersama rakan-rakan, aktiviti bersama ayah pula, kami akan bersama2 jika ada masa kelapangan pergi berburu di dalam hutan. Meredah hutan di Hulu Kelantan, adalah satu aktiviti yang mencabar dan sangat best..dan semua ini adalah kenangan manis pahit saya.
p/s: apa khabar kamu?
Advertisements