Archive for the blogger picisan saja. Category

>saya sekadar blogger picisan saja……..

Posted in blogger picisan saja. on December 15, 2010 by sekamarrindu2009

>

sejujurnya semakin lama memasuki dunia maha luas, dunia blogging ni saya rasa semakin seronok. Ianya seumpama kata pepatah “jauh berjalan luas pandangan” sama jugalah dengan apa yang saya rasa kini.
pelbagai perkara baru yang dapat saya terokai, membaca entri blogger kali pertama, saya teruja.. terpesona dengan gambar-gambar yang menarik yang dipostkan di blog.. membaca dengan penuh minat. Selalunya saya akan tinggalkan jejak untuk komen di setiap entri yang saya baca..
yang paling menarik bila membaca di blog -MAPPIAU-, entrinya diselang-selikan oleh suami dan isteri yang post entri, Kalau pukul 9.00 pagi, Puan Nordiana yang menulis entri di blog, akan adalah di bawah entri itu perkataan “ -mamairfan-“ dan kalau si suami yang update di blog pula akan bertukar pula kepada -papairfan- di bawah entrinya itu…wow ..sungguh romantik gitu..
bila singgah di blog Borak Kosong ( blogger Eddie Yutin) pula, ada-ada saja berita yang terkini yang dia update..bayangkan dalam masa saya sedang tulis entri ini dia dah beberapa entri dah update..banyak betul idea blogger ini..tabik buat dia..
kepada yang minat dengan pelbagai menu2 masak pula, bolehlah singgah di Blog Dapur Tanpa Sempadan.. setiap hari ada saja menu yang menarik, sebagai contoh hari ini entri ” Nasi Goreng Nenas” yang best…kepada yang belum nak singgah bolehlah lah singgah..taklah rugi.
begitu juga dengan blog Ben Ashaari..idea dia sungguh banyak…dan segmen2 banyak membantu blogger2 baru seperti saya ini juga..kerana dengan menyertai segmen2 tersebut sedikit sebanyak boleh menambah follower..dan mempromosi blog picisan saya yang tak seberapanya ini…
sempena cuti yang agak panjang ni, saya sempat singgah lebih 6000 buah blog, melihat, membanding, memerhati, dalam pelbagai isu. termaskuk isu-isu politik negara. Dan antara ratusan blog politik yg saya singgah baca ialah blog Ikut Suka Aku..memang kelas gaya dia menulis..pedas dan kena tepat kat muka orang2 yang berkenaan..tanpa segan dan silu lagi…
sememangnya banyak lagi blog2 yang saya singgah kat sini. termasuk blog kamu…cuma tak mampu nak disenaraikan di sini…dan setiap kali singgah memang sesuatu yang baru saya dapat…kira mcm budak baru belajar laa..antaranya melihat header2 blog yang menarik..blog saya sendiri tak ada pun header yang cantik itu.. nampaknya kena fikir2kan juga untuk membuat header tu..