Archive for the bola sepak dan aku Category

cerita aku dan bola sepak: satu imbasan masa lalu..

Posted in bola sepak dan aku on June 11, 2010 by sekamarrindu2009

suasana Final Kelantan lwn Negeri Sembilan pada 07hb Nov 2009

tingginya…mana bola ni ….ishh

esok bermula Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. sape yg minat bola pasti akan tertunggu permainan yang paling diminat di bumi ini. Perlawanan Pembukaan ialah Pasukan Afika Selatan akan melawan Mexico, pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia. Pada perlawanan pembukaan tersebut, pengadil kita En.Subkhiden akan bertugas sebagai pengadil ke empat. Satu pengiktirafan yang tertinggi kepada Malaysia, bukan senang untuk dipilih sebagai pengadil di Piala Dunia, lebih-lebih lagi perlawanan pembukaan yang dilihat oleh seluruh penduduk bumi yang berjumlah 6.8 billion, nisbah : 212, 035 setiap hari ( berdasarkan anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2010).

cerita bola sepak, memang ada pahit dan manis. aku pernah patah tangan kerana bola sepak apabila bertembung dengan abang saya, sewaktu itu saya menjadi penjaga gol untuk perlawanan bola sepak di Kota Bharu, lewat waktu-waktu yang lalu.. Pernah menjadi juara bola sepak dalam pertandingan peringakat Kota Bharu, di rumah saya, dua almari penuh dengan medal2 dan hadiah-hadiah kerana menang bola sepak. Sebut saja, hadiah apa?..penjaring terbanyak, pemain terbaik semua ada.

saya yang mempunyai sijil pengadil FAM pernah beberapa kali menjadi pengadil yang dianjurkan oleh liga-liga tempatan di sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas sebelum ini. Adat jadi pengadil, kena biasa dengan makian, cacian apabila satu-satu pasukan mereka kalah dalam permainan. Pernah kena tumbuk sebaik saja tamat pelawanan.

dalam kes yang lain pula, dalam satu permainan di Rantau Panjang, pasukan saya yang menang dalam permainan bola sepak (menjadi juara) namun hadiah dilarikan oleh salah seorang penyokong yang kalah..hadiahnya ialah lembu, naib juara kambing..tercengang-cengang melihat apa yg berlaku..namun sehari selepas itu pengajur memberikan semula hadiah kemenangan itu dan kita orang makan besar la..buat kenduri..potong lembu..hehehe..

masih teringat kenangan manis tatkala saya mewakili Kelantan dahulu,dalam Pertandingan Piala Milo ( Bawah 18tahun) dan Piala Nike ( untuk bawah 15 tahun) kenangan manis apabila berjaya menjaringkan gol dalam jarak 25meter, tendangan kuat saya mencecah gawang Pahang. kami bersama 10 pemain ( termasuk penjaga gol saya) bertumbuk di dalam padang.

Kenangan pahit pula, apabila bergaduh di dalam padang, kawan saya diterjah dengan keras dari belakang, masa itu hilang pertimbangan sangat-sangat. Mana mungkin saya lihat saja..ketua pasukan saya saudara Azmani diterjah sebegitu teruk hingga terpaksa dibawa ke hospital..nak main bola..main bola..jangan main orang…

bukan niat untuk memuji diri..( demi Allah swt tidak besar zarah pun), masa di sekolah nama saya ada sedikit menonjol, yalah pemain bola sepak sekolah mewaiki negeri lagi..semua guru pasti kenal dan merekalah yang banyak memberi semangat , perangsang untuk saya terus maju dalam bola sepak…sejak itu saya menjadi terlalu minat dengan bola sepak..terutama dengan Pasukan Kelantan, sebut saja di mana, pasti akan saya hadir menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan Liga Super. Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan ( semestinya laa), ..mungkin akan ada yg bagitahu..”wah..taksub betul…” saya akan jawab: “memang..”

Dengan bola sepak juga saya mengenali awrah tunang saya..apabila saya tertendang bola secara tak sengaja tepat di mukanya sewaktu latihan bola sepak di sekolah. Akibatnya 2 hari beliau tidak datang ke sekolah. Semua nya menjadi kenangan terindah saya dan tersimpan kemas di sudut memori apabila menceritakan tentang bola sepak..


Kini, di sekolah saya menjadi jurulatih bola sepak, dan saya berbangga kerana 2 pelajar saya berjaya mewakili Negeri (Bawah 12 Tahun)Sembilan untuk MSSM 2009 yang bermain di Kelantan, tahun 2009, Kelantan menjadi tuan rumah untuk permainan bola sepak Bawah 12 Tahun, Bawah 18Tahun untuk Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

Itulah bola sepak..penuh pahit dan manis..suka dan duka. Kisah 22 pemain berebut sebiji bola, nampak mudah ayat itu, namun perlu diingat, dalam bola sepak, kita diajar untuk saling berkerjasama, berdisiplin, belajar menerima kekalahan, duka bersama apabila tewas, belajar tentang semangat juang, bermain bermati-matian untuk menang….
p/s;…setiap saat merinduimu…jantung bulan abang…