Archive for the Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Singapura 28hb Julai ini: : Masih adakah harapan? Category

Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Singapura 28hb Julai ini: : Masih adakah harapan?

Posted in Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Singapura 28hb Julai ini: : Masih adakah harapan? on July 25, 2011 by sekamarrindu2009


Masih berkisar tentang kekalahan Bola Sepak 3-5 dengan Sigapura, Peluang Malaysia masih ada sebenarnya dalam Kelayakan Bola Sepak Piala Dunia 2014, Zon Asia seandainya Malaysia sekurang-kurangnya menang 2-0 ke atas Singapura pada 28hb Julai ini.
Jurulatih negara, Datuk K.Rajagobal perlulah membuat beberapa perubahan drastik bagi menjayakan hasrat Malaysia untuk menempah ke pusingan yang berikutnya:
antaranya:
  • Datuk K.Rajagobal perlu memantapkan lagi barisan pertahanan, barisan pertahanan kita terlalu banyak memberi ruang terlalu banyak kepada barisan penyerang Singapura, terutamanya penyerang berbisa Singapura, Aleksandar Duric dan Qiu Li
  • Kelonggaran pertahanan negara yang diketuai oleh Muslim Ahamd, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Asaruddin Putera Omar, perlu dimantapkan lagi. Dalam perlawanan pertama baru-baru ini ternampak jelas betapa hilang fokus dan “kegagalan komunikasi” antara barisan pertahanan sehingga mudah “di ayam” kan oleh Aleksandar Duric. Gol yang ke 5 tersebut merupakan kegagalan Muslim Ahmad membaca gerak badan penyerang Singapura.
  • Menurunkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. Gol-gol mudah yang dilepaskan oleh Sharbiniee sungguh mengecewakan peminat-peminat bola sepak tanah air.
  • Ketiadaan Shafiq Rahim ( ketua pasukan yang dikenakan kad merah kerana melakukan terjahan keras terhadap pemain Singapura, Harris Harun) perlu difikirkan pemain yang sesuai bagi mengemudi bahagian tengah, jurulatih boleh meletakkan Ismail Faruqi sebagai penyerang ke dua di belakang Safee Sali yang akan mengisi tempat Safiq Rahim untuk bergandingan dengan Amar Rohidan di bahagian tengah.
  • Perlawanan 28hb Julai ini sangat penting, mental pemain perlu kuat menyerap tekanan Singapura. Berkemungkinan besar Singapura akan bermain secara bertahan untuk menafikan Malaysia mendapatkan gol. ( kelebihan 2 gol yang diperolehi pada pusingan pertama.) Hanya mereka yang mampu mengekalkan tahap ketahanan mental yang tinggi mampu mengatasi setiap rintangan.

Advertisements