Archive for the buang bayi.. Category

Cinta Gila, Cinta Nafsu, Cinta Beruk: Gantung Sampai Mati Saja Orang Seperti Ini

Posted in buang bayi.. on May 19, 2010 by sekamarrindu2009

MUHAMMAD Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara mengebumikannya, di Alor Gajah, Melaka, 18 Mei. 2010

Kita tak akan terkejut lepas ini ada banyak papan tanda mcm ini
sangat kejam binatang pun tak buang anaknya
sangat tragis
memilukan
Polis pun tergaman melihat mayat bayi ini
dibuang di dalam mangkuk tandas….memang” mangkuk hayun betul..!!



Bila membaca kes-kes buang bayi hati aku menggelegak..panas semacam saja.. tiba-tiba saja membara..nasib baik tak ada darah tinggi. Orang yang membuang dan menanam bayi ini seharusnya ditangkap dan dihukum gantung sampai mati ataupun dibuang negeri dihumbankan ke dalam hutan, biar menjadi habuan binatang-binatang buas, Mengapa semua ini berlaku? Ini semua berlaku gara-gara CINTA BERUK, CINTA GILA , CINTA NAFSU dan yang bermaharajalela sekarang ini.
Kes yang terbaru berlaku di Batu Berendam Melaka, pada 12hb Mei 2010 yang lalu.satu pasangan kekasih telah menanam bayi di tepi sungai berdekatan Batu Berendam. Ibu bayi malang itu yang baru berusia 15 tahun dari Durian Tunggal dan teman lelakinya dari Taman Melaka Baru, berusia 19 tahun. Kedua-dua pasangan tidak diwakili peguam ( peguam pun tidak sanggup membela kes ini) memberi gambaran betapa teruknya permasalahan yang melanda negara kita hari ini.
Mari kita mengimbau kes-kes yang seperti ini:
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon beliau memperincikan kes ini seperti berikut :
304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007, membabitkan 117 bayi lelak dan 96 bayi perempuan dan bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat telah reput.
Menurut Statistik Ibu Pejabat Bukit Aman, pula memperincikan 65 kes dicatatkan pada tahun 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun 2009. Negeri yang paling banyak kes pembuangan bayi ialah Negeri Selangor iaitu 22 kes tahun 2000 dan 24 kes 2006 dan terus meningkat lagi tahun 2010. Pasangan Melayu mencatatkan jumlah yang paling tertinggi berbanding kaum-kaum lain yang melibatkan 50 kes ( sepanjang Januari 2008 hingga September 2008), dan pastinya jumlah ini bertambah lagi pada tahun 2010, kerana tahun ini saja kes-kes pembuangan banyi ini meningkat dengan ketara, iaitu dari Januari 2010 hingga Mei 2010, sudah menjangkau 15 kes.
Terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, angka ini bermula dari Januari 2000 hingga 2009. Dan pastinya akan melebihi angka 257.000 kerana tahun 2010 pun sudah banyak kes yang sama. Jika kita hitung purata sebanyak 2500 kes anak luar nikah telah direkodkan dan pada setiap bulan atau 83 kes setiap hari. Mari kita hitung lagi: Setiap 17minit 17 saat ada satu kes pendaftaran anak luar nikah ini direkodkan.
Emosi tengah marah…
Advertisements