Archive for the buat matahariku.. Category

surat buat matahariku yang jauh di mata..

Posted in buat matahariku.. on February 14, 2010 by sekamarrindu2009


Menemui sayangku

matahariku..

Sayang

kuharap kau okey dan riang
di mana kau berada
di jalan hidupmu.

Duhai sayang

seandainya petang
tiada menjumpaiku lagi
akan di manakah kasihmu
bersamaku ke pusara
atau kering bersama air mata
di pipi halusmu.

Sayangku

penantian adalah waktu
yang terbentang
di antara hari-hari sepiku
Di sini cinta adalah realiti
menunggu sabar di hujung mimpi.