Archive for the cemburu celik Category

kadang2 tu ada juga rasa cemburu..wah..tajuk bukan main lagi nihhh..

Posted in cemburu celik on June 4, 2010 by sekamarrindu2009
pernahkah anda rasa jeles?..(cemburu) mesti pernah bukan.. bukan manusia la..kalau sepanjang hidup anda, sikit pun tak pernah rasa jeles, ya tak? biasalah perasaan tu normal..kita kan manusia biasa. memang cemburu satu sifat yang tak baik jika ianya sampai ke tahap yg melampau, dan akan memberi kesan yang negetif…tetapi dalam perhubungan suami isteri…cemburu sikit2 tu perlu ada..tak sikit banyak perlu ada, betul tak?

satu persoalan..benarkah jeles atau cemburu tu tandanya sayang? Benarkah perempuan kuat cemburu? saya rasa tak semestinya…lelaki pun ada juga rasa cemburu tu..walaupun seseorang lelaki tak mengzahirkan akan rasa tu dengan lebih jelas dan nyata..

kadang2 tertanya2 juga bila ada rasa jeles tu…apa hak kita untuk cemburu? .. ataupun apa hak aku untuk cemburu?


p/s: kadang2 tu ada juga rasa cemburu…