Archive for the cendol oohh cendol.. Category

petang ini makan cendol kacang, Leman Dawi…..

Posted in cendol oohh cendol.. on June 3, 2010 by sekamarrindu2009

gambaran dekat….cendol kacang

cendol kacang dan air barli yang best…

pemandangan di luar kedai abang Leman
satu paparan yang menarik
satu papan tanda di dalam kedai
gambaran di dalam kedai
tong ais batu..mana tau nak tambah ais..
mendapat pengiktirafan sebagai kedai yang bersih gred A
pelbagai lapisan masyarakat akan singgah makan cendol di sini
Petang ni ..dalam keboringan yg melampau.saya keluar untuk menikmati Cendol Leman Dawi, di pinggir bandar Seremban..lama tak singgah sini..yalah asyik sibuk saja..
Siapa tak kenal pada abang Leman Dawi..dari ke kanak-kanak sehinggalah ke orang tua. Dari orang biasa kepada golongan VIP pernah singgah sini untuk makan cendol kat sini.. Cendol kacang dan Cendol Pulut adalah yang paling saya suka. Pasti saya akan menikmati apabila saya singgah sini.
Ada satu keunikan bila sebut Cendol Leman Dawi. Antaranya:
  • mintalah semangkuk cendol apa2pun..semuanya best..sedap2 semua..
  • boleh tambah beberapa kalipun..hanya bayar SATU KALI SAJA.
  • di sediakan air barli untuk semua dan air barli ini diberi percuma, nak tambah banyak mana pun, percuma, nak bungkus buat balik pun..percuma..
  • di tepi gerai abang Leman Dawi ini, ada disediakan peta, bagi orang-orang di luar Seremban, dan kalau perlu pertolongan apa-apa, jangan segan untuk bertanya pada abang Leman, semuanya dia tahu..
  • Di sebelah gerainya, disediakan tempat solat untuk untuk lelaki dan perempuan. ( bilik berasingan)
  • Ada banyak gambar-gambar yang menceritakan tentang abg Leman Dawi yang pernah tersiar dalam surat khabar dipaparkan untuk tatapan para pelanggan di gerainya, ibarat kata seperti Geleri Terindah Abang Leman.
  • Seorang yang sangat ceria dan pandai buat lawak..saya pernah singgah ke sini semata-mata untuk berbual-bual dan mendengar lawaknya. ( kalau masuk Raja Lawak, memang kalah Nabil..)
  • Di tepi gerainya terdapat pelbagi jenis pokok. abang Leman telah menamakan semua pokok di sekitar gerainya dengan nama-nama saintifiknya.Kita boleh menikmati cendol dan boleh menambahkan ilmu pengetahuan la jugak….
  • Pernah memberi cendol 5000 percuma kepada semua pelanggannya, sempena Hari Kemerdekaan tahun 2009 dan disiarkan di dalam semua surat khabar, media massa yang lainnya, termasuk media massa dari luar negara turut membuat liputan.
  • Gerainya pernah mendapat liputan untuk Rancangan Majalah 3 pada tahun 2008 dan 2009.
  • Sangat perihatin dan sangat mesra..bila saja saya ( bukan saya saja, malah orang lain pun), masuk je ke dalam kedainya…kata2 yang mula2 keluar dari mulut beliau adalah….” “SELAMAT DATANG WAHAI PERWIRA-PEWIRA NEGARA ..KITA..SELAMAT DATANG KE SEREMBAN….”……. ” CEPAT SEDIAKAN CENDOL PADA PERWIRA KITA INI.. JANGAN BIAR HAUS….” dan apalah lagi…saya tergelak besar laaa……hahahahahahha..
Di sinilah salah satu tempat yg saya tuju bila saya keluar….saya memang sangat jarang keluar, sebab sibuk dengan pelbagai kerja, walaupun di rumah. Ada saja..kerja yang perlu dibuat, kerja untuk minggu akan datangnya, saya sudah membereskannya.. tetapi walaupun sibuk, saya tetap meluangkan masa untuk meng’update blog saya ini..walaupun update nya sekadar 3 ayat…
p/s menitisuratan dalam gerimis senja di seremban..