Archive for the ‘ cikgu esok ada pjk takkk.?” Category

>’ cikgu esok ada pjk takkk.?"

Posted in ' cikgu esok ada pjk takkk.?" on April 7, 2011 by sekamarrindu2009

>

gambar hiasan
sebagai guru pjk di sekolah, [ mengajar pjk tahun 1, 2, 3, 4, dan tahun 5 ] memang saya dapat rasakan betapa bestnya mengajar subjek pjk..
apa taknya…untuk pjk esoknya budak2 dah tanya….ini tak berlaku dalam subjek2 lain..bukan main semangat dia orang nih……
“..cikgu…..esok ada pjk tak??”
“tengok lah…kalau tak hujan, ada pjk di padang, kalau hujan dok dalam kelas saja..” ayat yg biasa keluar dari mulut saya..
” cikgu…., saya dah bagitahu kat budak-budak tu kan..esok bawa baju pjk… saja ingatkan rakan2 yg lain agar tak lupa…” kata pelajar saya..
” waaah..kamu ni…belum apa2 lagi dah bagi ingatan ya….
esoknya…,
pagi tiba2 hujan….so tak dapat pjk kat padang….
betapa kecewanya pelajar2 saya tak dapat nak main kat padang……
“mcm nilah..kalau hujan reda nanti….kita semua keluar kat padang….”
semua mata budak2 aysik dok memandng kat padang saja…….sesekali terdengar suara pelajar2 saya…..” cepatlah hujan reda…..nak main pjk ni..”
30 minit berlalu…..hujan dah reda dan teduh..
“..ok..semua beratur dan berkumpul kat padang, hujan dah reda…” kata saya..
mendengar kata2 tersebut…apa lagi..riuh rendah la kelas saya tu.., seronok bukan main lagi…saya boleh gambarkan betapa happynya dia orang tu…
cikgu tahu tak….baju pj ni saya pakai sejak malam tadi lagi….tido pun pakai baju pjk..semangat nak pjk ni cikgu.” kata Aiman, seorang murid yang datang sekolah hanya ada pjk.. [ aduh…sekarang saya berusaha memberi motivasi pada dia agar rajin datang sekolah..]
dia pelajar yg pintar, tapi sejak ibu bapanya berpisah, motivasi untuk belajar tak seperti dulu lagi…dan hanya berminat sewaktu pjk, time saya mengajar saja…masalahnya pjk waktunya 90 minit saja seminggu…parah la mcm ni…
walaupun mengajar pjk, tapi nilai2 murni tetap diterapkan kepada pelajar2 saya.. seperti bila bermain, perlu bersungguh-sungguh, mematuhi arahan, dan perlu saling berkerjasama antara satu sama lain..
kesimpulannya..: saya happy…..pelajar saya lagi happy….,