Archive for the Cinta adalah lautan tak bertepi Category

>Cinta adalah lautan tak bertepi

Posted in Cinta adalah lautan tak bertepi on June 5, 2011 by sekamarrindu2009

>

1

kecup di kening
di subuh bening
bagai setitis embun jatuh
di hujung kelopak, jiwa tersentuh

2


menghijau padang, lapang
ada bunga, mengintai malu di celah sepi

3


apa erti segenggam bintang-bintang?
bertaburan di telapak tangan
malam menjadi kelam

4


ranting hati, patah di hujun dahan
pepucuk cinta, layu tiada disiraman

5
sekuntum puisi
bait-bait menari
melirik ilham
hati jadi resah

6


kata orang.:

“Cinta adalah lautan tak bertepi
tiada paksi
setitis darinya adalah harapan
selebihnya adalah kecemasan”
begitukah ?