Archive for the cinta Category

>kata yang berebut saat kutitipkan kata cinta

Posted in cinta on January 30, 2011 by sekamarrindu2009

>

kata-kata saling berebut ketika ku tulis sajak cinta…
bimbang tidak menjadi sebahagian diksi
bila hati berbicara…

bila ku tulis tentang mata..
kata-kata tatapan, jelingan dan bening saling mengintip
kesempatan
lalu ku pilih air mata kerana tak tahan rengek tangisan..

bila ku tulis tentang bibir..
kecup, cium tersenyum riang merasa bakal dipilih
lalu ku pilih air liur, kerana tak tahan bisikan similir di telinga..

bila ku tulis tentang dada..
rasa mencengkam dalam jiwa..
lalu ku pilih debar..biar dada ini terus berdebar
saat ku menatap indah wajahmu..

sedalam apakah cinta…?

Posted in cinta on November 24, 2010 by sekamarrindu2009

sayang…
kamu semalam tanyakan padaku..
seindah apakah cinta?
bulan dan bintang tak mampu menjelaskannya..
diriasnya bumi dan ombak di telaga..
dengan cahaya indah purnama..
belum cukup dinyatakan syurga…

sayang…
kamu semalam tanyakan padaku..
seputih apakah cinta?
sakura hanya tunduk tanpa kata..
kelopak-kelopak indahnya
hanya mampu mengabadi
cinta dan rindu
masih belum mampu menjawabnya…

sayang…
kamu semalam tanyakan padaku..
sedalam apakah cinta?
tujuh lautan belum berani memberi jawapan..
hanya dengan terjun ke dasar hatiku..
kamu akan tahu segalanya…

– moga lena malam ni..

cinta 3 segi…

Posted in cinta on August 26, 2010 by sekamarrindu2009

saya ada seorang kwan, satu sama tempat kerja..kira kawan baik jugalah…apa2 masalah pasti kita kongsikan bersama, sama ada suka, suka..biasalah kan..tapi masalah yg satu ni byk memeningkan kepala kawan saya tu..simpati juga masalah ini menimpa kwan saya…

tapi sejak akhir-akhir ni, saya dapati kawan saya, ada masalah, nak kata berat, rasanya berat juga..masalah ini melibatkan hati dan perasaan..kira berat la jugak tu…

masalahnya begini..

ada dua orang gadis ( gadis A dan gadis B) jatuh cinta dengan kwan saya ni..alamak dua gadis yg berlainan jatuh cinta tahap maksima kepada kawan saya yg malang ni.. sama-sama tak mahu mengalah..cuba sedaya upaya untuk memenangi hati kawan saya ni..setiap hari mcm2 hal berlaku, dan sekrang ni saling bergaduh di fb la pulak..kerana dok berebut cinta kawan saya ni..masalahnya kawan saya ni tidak mempunyai perasaan apa2 kat gadis A dan B tu…tu yg masalahnya..agak kesian pada mereka ni..

sebagai rakan baik, saya hanya simpati saja, tak tahu nak buat apa..dan adalah juga sikt2 nasihat yg saya boleh berikan..nak bagi lebih2 nanti takut dia kawan saya ni kata saya suka jaga tepi kain orang pulak…tapi kesian tu memang kesian..

kepada kwan2 yg ada pendapat yg bernas tu, bagilah nasihat, boleh saya sampaikan pada kwan saya tu…


entahlah..mcm2 hal..dunia..dunia..
p/s:…..selamat bermesyuarat ..

sejak pertama jatuh cinta..

Posted in cinta on June 8, 2010 by sekamarrindu2009



pada wajah di cermin
ingin kutulis satu nama
biar membekas tak lupa
tiap kali berkaca


ini bukan hanya ungkapan
dan aku tidak sedang bermain

betapa ingin kuberi tanda
bahwa kau adalah milikku
sejak pertama jatuh cinta


p/s: miss u..


bagaimana menterjemahkan perasaan cinta?

Posted in cinta on April 24, 2010 by sekamarrindu2009

Salam petang semua….
Jatuh cinta memang indah belaka. Setiap pasangan normal pasti pernah mengalami kebahagiaan menjadi kekasih. Untuk menterjemahkan perasaan cinta kita kepada kekasih/suami/isteri kadang-kadang memerlukan kehalusan bahasa. Maha Suci Allah swt telah menjadikan kaum Hawa sebagai sebaik-baik makhluk yang memiliki kelembutan yang diidam-idamkan oleh seorang lelaki.

Pernahkan anda impikan hidup sentiasa dilamun cinta? Walaupun berbelas-belas tahun bersama suami. Apakah setiap hari cinta itu tetap hangat? Jangan terlalu idealistik, besar kemungkinan anda akan rasa kecewa dan terkilan dengan keadaan sekarang. Terimalah hakikat, bila mana suami telah berubah dan anda (isteri) pun sudah banyak berubah. Apa yang penting adalah anda perlulah berusaha untuk membuat para suami selalu jatuh cinta ketika bersama. Setiap hari anda berpeluang untuk suami jatuh cinta lagi Tidak semestinya dengan kecantikan luaran tetapi dengan akhlak dan budi perkerti. Itulah yang paling menawan bagi suami anda.

Cinta mempunyai pelbagai makna yang sangat “dalam” jika diselami dan dikaji. Al-Iman al- Qayyim dalam kitabnya. ” Taman orang-orang yang bercinta” menyebut beberapa perkara yang boleh menguatkan cinta antara manusia.
Antaranya:
MENCINTAI APA YANG DICINTAI KEKASIH/SUAMI/ISTERI
Sahabat Rasululllah SAW yang bernama Anas bin Malik amat menyukai hidangan buah labu kerana beliau pernah melihat Rasulullah SAW amat sukakan buah labu yang dihidangkan di atas mangkuk.

Seandainya suami suka makan kari kepala ikan, pasti sang isteri akan bersungguh-sungguh belajar memasak yang paling sedap. Begitu juga suami, cubalah sedikit sensitif mengagak-agak apa makanan atau buah tangan kesukaan isteri. Bukan harga menjadi ukuran tetapi perhatian dan kesungguhan anda menyukai apa yang disukainya.
SANGGUP BERKORBAN UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ORANG YANG DICINTAI
Umar bin al-Khattab RA pernah menyatakan kepada Rasulullah SAW tentang kesungguhannya cintanya..” Wahai Rasulullah demi Allah kamu lebih aku cintai daripada diriku sendiri” Syarat kemurnian cinta ialah anda harus rela merasai kesakitan dan kesusahan untuk mendapatkan cinta daripada seseorang.
Isteri banyak mengeluh dengan kerenah suami, begitulah sebaliknya. Mereka berdua terpaksa menerima keadaan dengan hati yang redha. Bersabar dengan gangguan dari orang yang dicintai. Mengapa ini boleh terjadi? Semuanya kerana cinta. Bukan kah cinta itu buta? Kesakitan itulah yang menguatkan cinta anda berdua.
MENDAHULUKAN KEPENTINGAN SANG KEKASIH/SUAMI
Kerana anda amat sayang pada suami, anda sanggup menjaga dan melayannya sesempurna mungkin walaupun hidup anda menjadi terbatas dan terkongkong tidak seperti anda masih anak dara dahulu. Begitu juga suami, tidak sebebas dahulu lagi, perlu menjaga hati isteri, melayan kerenah anak-anak dan mampu menyediakan segala keperluan keluarga dengan sebaik-baiknya.
SUSAH SUNGGUH HIDUP ORANG BERCINTA
Jika difikirkan, sangat susah sungguh hidup orang yang bercinta. Rasanya memang nikmat tetapi mahu mengekalkan dan menjaganya itu sangat berat dan mencabar. Mesti ada yang terluka, tak berpuas hati dan ramai yang telah kecundang di tengah jalan. Jangan senang-senang meluahkan rasa cinta, seandainya anda tidak mahu berjuang memenanginya. Katakan lah ” aku cinta padamu” setiap hari dengan sikap, akhlak dan hati budi pekerti yang mulia. Anda pasti dapat menambat hati dan cinta sepanjang masa..


moga mendapat sedikit menafaat…

ku berikan cinta yg kau minta…

Posted in cinta on April 14, 2010 by sekamarrindu2009


telah ku berikan cinta yang kau minta..

lalu ku letakkan dalam putih hati..
rindu ku gantung di alam mimpi..
agar mata kelanamu terus mencari..
dan bibirmu tak pernah henti..
menyebut namku setiap hari.

telah ku berikan apa yang ku ada..

gerimis pagi ini membuka warna pagi..
memercik rindu di kaca hati..
pada butir-butirnya tergambar wajahmu tersenyum..
bahagia.

telah ku berikan rindu pada cinta kita..

rindu ini umpama sebatang pohon.
tempat bergantung kemanisan nama..
setiap waktu tak terlepas ingatan padamu.

kuselitkan satu kata baru:

-kebahagiaan tak terkata..!

cinta ke akhir hayat.

Posted in cinta on April 13, 2010 by sekamarrindu2009

jalan cinta yang

kita bina
yakinkan kekal hingga ke
akhir hayat..