Archive for the ciuman…. Category

Tahukah anda betapa hebatnya Kuasa Ciuman..??

Posted in ciuman.... on June 12, 2010 by sekamarrindu2009


adakah anda mencium pasangan anda hari ni? Wahh..soalan bukan main lagi nih…

sebenarnya maksud perkataan ciuman tidak sekadar apabila bibir seseorang bertemu dengan bibir individu lain (pasangan di sini merujuk kepada suami isteri). Tetapi lebih merupakan satu bentuk komunikasi non-verbal, iaitu bahasa tubuh dalam mengeksprestasikan perasaan seseorang terhadap pasangan kita.

Bahkan hubungan seksual di antara suami dan isteri sering kali bermula apabila salah seorang darinya memberikan ciuman bibir terjadi. Urat-urat saraf pada bibir akan mula bekerja. Ketika itulah anda akan merasakan satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata dan dari situlah mengalir satu perasaan dalam tubuh kedua-dua pasangan.

Menurut satu kajian tesis yang telah dibuat oleh kedua-dua pasangan Smith Riched dan pasangannya Melly dari Universiti of Ohio, mendapati ciuman yang panjang dan penuh mesra akan membuatkan jantung bekerja lebih cepat, iaitu lebih dari kebiasaannya 72 denyutan menjadi 100 denyutan seminit. Situasi ini akan membakar kalori dalam badan, membuatkan anda menjadi lebih bertenaga berhadapan dengan kehidupan serta mencabar.

Bagi suami isteri ( walaupun dah lanjut usia) diingatkan anda tidak meninggalkan ciuman terhadap pasangan masing-masing. Mencium bibir pasangan seelok-eloknya dijadikan amalan rutin agar kasih sayang pasangan suami akan terus berpanjangan.. Dalam buku tulisan Tomimia Edmark yang bertajuk: ” The Kissing Book : EverythingYou Need To Know” ada memberi atau menunjuk cara bagaimana untuk mencium pasangan dengan kaedah yang betul..( jangan pakai hentam saja..ada cara2 nya gakkk..)

Dengan memberi ciuman yang ikhlas dan mesra pasangan akan merasakan bahawa mereka masih memerlukan cinta dan perhatian setiap masa, jesteru itu hubungan suami isteri yang terjalin sejak akad dilafazkan moga-moga berkekalan..InsyaAllah…
p/s:…gi mana?
Advertisements