Archive for the di sekolah pagi tadi Category

Bila aku merotan pelajar hari ni……Jangan buat lagi..

Posted in di sekolah pagi tadi on November 10, 2010 by sekamarrindu2009

menjadi guru cabarannya bukannya mudah..sangat mencabar dengan pelbagai peranan dan amanah yg terpaksa di pikul, salah satu yang perlu dihadapi ialah masalah disiplin pelajar-pelajar.
contohnya hari ni dalam aku menguruskan raptai penuh sempena Hari Anugerah Pelajar, pada esok pagi, aku dikejutkan dengan kedatangan ibu pelajar yang datang ke sekolah dengan nada yang marah….
” Cikgu…….ada penjaga nak jumpa..” kata salah Ketua Murid yg datang ke dalam dewan memberitahu aku…
“sape, nak jumpa..? tanya aku… aku meluru keluar ke luar dewan sekolah dan mendapati seorang ibu penjaga yang datang dengan nada yang marah-marah kerana anaknya ditumbuk oleh salah seorang pelajar tahun 6 ( anak ibu ini pun sekelas..tahun 6 juga).
Selepas memanggil kedua-dua pelajar ini, ( anak penjaga) dan pelajar yang didakwa menumbuk itu, ( ibu budak ni ada sama masa soal siasat), punca pergaduhan ini tidak lain dan tidak bukan kerana sebab ” mengejek nama ayah” . Sama-sama ejek…dan salah kedua-duanya…bila tak puas hati, maka bergaduh laa…..bila dah sakit maka telefon la ayah..telefon la mak…( aku agak budak ni bawa hp..kalau tidak mcm mana ibunya tahu kejadian ini berlaku di sekolah..)
Inilah gaya ibu bapa zaman sekarang, benda-benda mcm ni sangat cepat datang sekolah, tapi bila mesyuarat agung pibg, muka pun tak pernah nampak, aku tahulah, di sekolah aku s/u pibg, dan sejak aku berada di sekolah ini, tak pernah nampak batang hidung pun.. masa 3 penjuru untuk budak ni, ibu pelajar ni pun tak datang, ayah dia pun sama…al-maklumlah sibuk dengan bisnes… aku bukan marah apapun, budak yang tumbuk tu akan diambil tindakan dan tindakan susalan pun sedang berjalan ( memanggil penjaga pelajar yang menumbuk ni).
Adat orang yg sedang marah…..kita perlu sejukkan dia dulu..itulah yang diajar oleh GB saya.. bila dia dah ok…gunalah psikologi tak kiralah walau dengan apa pun..
maka soal siasat pun bermula..: ( di bilik guru bersama ibu pelajar yg ditumbuk, pelajar yg menumbuk, aku dan cikgu aziz bagi mencatat apa yang disebut oleh pelajar ni..”)
Aku : Betul ke kamu ini tumbuk dia?
Pelajar Yang Menumbuk: Dia ejek nama ayah saya.., saya marahlah..
( masa ini pelajar yang kena tumbuk menyampuk kata-kata pelajar ini)
Aku : awak diam dulu….cikgu nak dengar Arif ni bercakap dulu…nanti kamu pula yang bercakap..cikgu bagi peluang kat kamu nanti..
Aku : Ok, sambung, kata aku.
Pelajar Yang Menumbuk: Dia cakap ayah saya botak..kepala licin…saya marahlah..
Dalam masa ini ibu pelajar ini pun menyampuk..
” kau ni memang kurang ajar..!”
Aku : Makcik….saya tengah nak selesaikan masalah ni..tolong bagi kerjasama.. ( saya memaklumkan, sepatutnya bukan saya yg ambil tindakan ini, hari ni GB tak ada, GPK 1 cuti ke Mekah, GPK Hem- mesyuarat, hanya saya saja yang ada kat sekolah sebagai….- jadi saya akan ambil tindakan seadil-adilnya..
Aku lihat ibu penjaga ini sangat marah…. sabar makcik ya.. Aziz..ambil air mineral 5 botol ( memang dalam bilik guru ada simpanan air mineral untuk para tetamu)
Aku : ok sekarang Amin, sekarang kamu cakap pulak, apa yang kamu nak cakap…
Pelajar Yang Kena Tumbuk : Saya ckp botak bukan tujukan pada ayah dia…..tapi dia terasa .( memang diakui ayah pelajar bernama Arif, ayahnya kepala botak..tu memang diketahu umum.).
Pelajar Yang Menumbuk : Ya….dah banyak kali dah dia ejek botak, cikgu..saya sabar.. tadi hilang sabar..!
Aku : nampaknya dalam hal ni dua-dua salah..satu bermula dgn ejek mengejek, pas tu yang ni pulak tumbuk..jadi dua-dua bersalahlah…dan jalan ceritanya cikgu dah faham…kesalahan menumbuk ni..akan kena rotan dan kesalahan mengejek ni pun kena rotan juga.. janganlah lagi ejek mengejek ni, semua tu kesalahan dispilin..
Aku : cikgu aziz, ambik rotan…! sebut saja kata nak rotan..kedua2 pelajar ni menangis.. tapi rotan tetap rotan..sebagai pengajaran kepada pelajar2 yg lain..

di malam yg sepi ini, peristiwa di sekolah tadi kembali diingatan aku…ishh.. …

..

Advertisements