Archive for the dinar emas Category

Kelantan Guna Dinar Emas….

Posted in dinar emas on August 14, 2010 by sekamarrindu2009


Dinar Emas Kelantan

Tidak lama lagi, negeri Kelantan, negeri warisan budaya saya akan menggunakan dinnar emas dan perak sebagai medium dalam urusan jual beli. Menurut Exco Kanan, Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa penggunaan dinar emas dan perak hanya digunakan dalam pertukaran barangan semata-mata, bukannya bersifat sebagai matawang, yang menggantikan Ringgit Malaysia, yang kita tahu urusan berkaitan urusan mata wang bukanlah dibwah kerajaan negeri, tetapi kerajaan pusat iaitu Bank Negara Malaysia ( di bawah Kementerian Kewangan Malaysia). Seperti yg diumumkan ianya digunakan sebagai medium pertukaran barang sahaja..bagaimana caranya mungkin akan ada penjelasan lanjut oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan nanti..
Dinar emas Kelantan, yang mempunyai berat 4.25gram, Diameter, 23mm dan ketulenan 91.7% adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang akan menggunakan dinar ini tidak lama lagi.
Sebagai langkah pertama, kerajaan negeri Kelantan, akan menggunakan dinnar emas ini sebagai medium pembayaran zakat pada tahun ini. Dinar dan dirham yang dilancarkan pada 13hb Ogos 2010, oleh Tuan Guru Nik Abd.Aziz, Menteri Besar Kelantan, turut menyerahkan dinnar kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Mustapha Salleh sebagai pembayaran gaji pada kakitangannya pada bulan ini.