Archive for the dugaaan bulan Ramadan Category

Tragedi Pasar Ramadan di Jasin, 3 terkorban, 17 orang cedera..

Posted in dugaaan bulan Ramadan on August 14, 2010 by sekamarrindu2009

dugaaan di bulan Ramadan

mangsa yang cedera
semua habis diterbangkan ribut

Umpama padang jarak padang terkukur.., itulah gambaran yg boleh dinyatakan apabila Pasar Ramadan dipikul ribut, di Jasin, Melaka petang semalam, menerbangkan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di Jasin.
Dalam kejadian 4.45 petang itu, dua peniaga dan seorang pengunjung pasar Ramadan telah terkorban, manakala seorang lagi meninggal selepas beberapa jam dimasukkan ke hospital.
Mangsa yang meninggal:
1. ABDUL OMAR, 73 Tahun- dari Batu 15, Kg Air Merbau, Bemban maut dihempap kaki besi kehemah.
2. Mahadi bin Muhammad, 39, terkorban akibat terkena besi khemah yang diterbangkan oleh ribut.
3. Muhammad Wahab, 45, seorang pengunjung yang juga akibat terkena hentakkan besi khemah di kepala, beliau meninggal dunia di Hospital Melaka 7.15 malam semalam.
alfatiah….