Archive for the dugaan Hidup.. Category

hidup perlu diteruskan biarpun sukar….

Posted in dugaan Hidup.. on June 16, 2010 by sekamarrindu2009



Aku akui Jantung Bulan ku bukanlah cinta pertama aku..dia adalah cinta kedua yg hadir dalam hidup aku sepanjang diizinkan bernafas di bumi bertuah ini.. selama 30 tahun aku hidup, hanya dua saja insan saja yang bertakhta dalam hati ini… pertama: awrah tunang aku yang dijemput Allah swt, seminggu sebelum aku diijabkabulkan, dan yang kedua dia, Jantung Bulan aku. Dia sangat istimewa, dan kali pertama aku melihat wajahnya, hati aku sudah pun terpikat. Dalam masa yg sama, bertalu-talu pintu hati aku diketuk tapi aku menolaknya dengan cara yang paling berhemah, mana mungkin hati aku boleh dibahagi-bahagikan dengan insan lain, kerana ianya sudah dimiliki oleh dia, Jantung Bulan aku..( jantung bulan, adalah panggilan manja aku pada dia)

daripada ibu tunggal, dan lebih 10 orang gadis (bukan nak bermegah..demi Allah swt..tidak sebesar zarah tidak.!) cuba berkali-kali, dan sehingga kini ada yang belum mampu untuk melupakan aku, tetapi seperti yang aku katakan..mana mungkin hati aku boleh dimiliki oleh insan lain, kecuali Jantung Bulan ku..hati aku hanya untuk dia..

dalam hidup aku pelbagai ujian yang sudah ditempuh, semuanya ku tempohi dengan sabar dan redha. aku terima saja ketentuan Ilahi. Daripada tunang dijemput Ilahi seminggu aku diijabkabulkan, selang dua hari ibu pula meninggal dan kini ayah pula terlantar sakit stroke, perhubungan aku dengan abg pun agak renggang kerana beberapa masalah yang aku sendiri pun tak tahu. Segalanya ditempuhi dengan sabar. Inilah kehidupan..aku terpaksa tempohi dengan sabar..dan terima dengan redha,

aku kadang-kadang tertanya2 dalam diri..tidak berhakkah aku hidup bahagia seperti insan lain? tidak berhakkah aku membina kehidupan sendiri?..aku biarkan saja persoalan ini, dan aku hanya mampu bertawakal saja pada Allah swt. Hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahuinya. KIta sebagai manusia hanya hamba yang lemah…

aku tak tahu, sama ada ini adalah entri yg terakhir atau pun tidak, mungkin ada beberapa entri lagi sebelum aku semadikan blog ini, senasib dengan blog aku..”AnakLaut” yang kini hampir 5 bulan aku padam. Semangat untuk blogging sudah hilang, inilah kehidupan, setiap bermula pasti ada akhirnya..

apa yang pasti cinta ku pada mu Jantung Bulanku…sedikit pun tak berubah, inilah cinta kedua ku, selepas awrah, meskipun jauh disudut hatiku ada rasa kecewa…ku telan sajalah rasa itu..
p/s: ….hidup perlu diteruskan….caca dan cici jadi tanda kenangan….
Advertisements