Archive for the epidural.. Category

epidural..: boleh dapat anak ramai……hehehe

Posted in epidural.. on July 1, 2010 by sekamarrindu2009

kesakitan yang tiada bandingan…

keadaan epidural penyelamat kepada ibu-ibu


Sakit bersalin memang sukar nak digambarkan. Hanya mereka yang pernah mengalaminya saja tahu bagaimana peritnya sakit semasa bersalin. Kalau orang kata sakit gigi tu sudah sakit, maka sakit semasa bersalin berganda-ganda lebih daripada tu.. Ada juga orang yang mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin, saya tak tahu apakah ini betul, sebab saya tak pernah merasa bersalin ni..( lelaki mana nak bersalin lak kan…ishh).

Kalaulah orang lelaki mengetahui macam mana sakitnya bersalin, alamatnya semua pasangan suami isteri di dunia ini hanya mahu anak seorang sajalah..saya pasti..! Kenyataan ini diakui oleh Pakar Bius Dr. Farhah Osman (KBMC), yg menyifatkan kesakitan semasa melahirkan anak sebagai satu proses yang sangat menyakitklan terutamanya bagi yang menimang cahaya mata buat kali pertama.

” Malah, ia boleh menyebbabkan tekanan emosi kepada ibu-ibu ditambah pula dengan pengalaman yang sering dikongsi oleh mereka yang pernah melalui proses melahirkn anak, seringkali dibayangi cerita-cerita cemas yang mendebarkan setra mengerikan. Bagi sesetengah isteri, pengalaman itu memungkinkan mereka berasa serik atau fobila untuk mengandung lagi…( ishh.,.jangan lahh.)

Bagaimana pun, di zaman moden ini wanita tiada mempunyai pilihan selain menjerit kesakitan tanpa bantuan ubat-ubatan penahan sakit bersalin, telah lama berlalu. Kini teknik-teknik seperti yang paling popular, EPIDURAL, mampu menukar pengalaman menyakitkan menjadi lebih tenang dan lebih terkawal. Kaedah epidural ini merupakan kaedah pembiusan separuh badan. Dalam kaedah ini. pesakit akan sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat bius setempat ke kawasan epidural pada bahagian tulang belakang. Ubat bius ini akan merebak dan menyekat saraf kesakitan daripada berfungsi. Kesan rangsangannya kesakitan untuk bersalin tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan. Prosedurnya akan dijalankan oleh pakar bius.

Kawasan epidural merupakan lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. Apabila ubat bius dimasukkan ke kawasan ini, ubat bius akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif. Epidural menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa yang lama dan juga untuk menahan kesakitan ketika bersalin..( SO ..ISTERI BOLEH BERSALIN BANYAK KALI.. DENGAN KATA LAIN..ANAK RAMAI PUN TAK PE….)


KEGUNAAN EPIDURAL

  1. Mengurangkan kesakitan semasa bersalin.
  2. Teknik pembiusan seperti cesarean, pembedahan ortopedik ( misalnya gantian sendi tulang lutut, punggung), pembedahan urologi ( misalnya prostat, pundi kencing, batu karang, saluran kencing dan lain-lain) pembedahan ginekologi (sakit puan) seperti histerekomi dan pembedahan vaskular.
  3. Mengurangkan kesakitan akut seperti patah tulang rusuk dan kesakitan kronik spt kanser/paliatif.
KESAN PEMBIUSAN EPIDURAL

Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya spt terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya ( dapat dikurangkan dgn ubat penahan muntah) dan tekanan darah turun


Kesimpulannya:

Boleh beranak ramai.2.. hehhe.


p/s:……….anak ramai…..

Advertisements