Archive for the exam.. Category

periksa semester 1 hari ini…….

Posted in exam.. on May 24, 2010 by sekamarrindu2009

cikgu suruh jawab periksa la….yg dok main pensel tu nape Afiq.. nak kena budak ni..isshh..

tekun jawab BM Penulisan..
tekun betul…..

hari ni kat sekolah dah mula exam semester 1… saya ditugaskan jaga periksa kelas tahun 4. ..mcm2
la budak ni..subjek yg ditugaskan oleh saya jaga exam, ialah Bahasa Melayu Penulisan.

mcm2 hal budak2 ni bila exam….masa 1 jam lebih, tapi 30 minit dah siap dah….ishhh.. nak kata terlebih pandai…tak de la pulak… ni..entah apa lah yang ditulisnya nih…

esok subjek sains, subjek saya pula…semua soalan keluar semuanya yg dah belajar..tak leh jawab tak tahulah…



ishhhhhhhhhh.
p/s: kuat tido nampak…

exam semester 1…dah tak lama lagi dah…

Posted in exam.. on May 7, 2010 by sekamarrindu2009

minggu ni kena siapkan soalan peperiksaan semester 1, sebelum 14hb ni kena hantar untuk di semak oleh ketua panatia dan seterusnya di hantar untuk difotostat, banyak juga tu…Science Year 4, dan Science Year 5.

masa masuk kelas..pelajar2 dah mula merasai bahang exam ni, pada murid2 tahun 6 pula, minggu depan akan bermula Canang 1, ( canang ialah-soalan-soalan peperiksaan semua subjek, yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan). Dapatan serta analisa Canang 1, akan dihantar kepada PPD masing-masing, dan sudah pastinya diharapkan pelajar-pelajar saya akan mendapat keputusan yg cemerlang dalam Canang 1 itu nanti..InsyaAllah..

Dalam sains, pelbagai program akan dijalankankan bagi memberi kefahaman murid, tentang teknik-teknik ( cara menjawab soalan sains upsr dengan betul), antaranya, Bengkel Sains, Program GALUS ( khas bagi pelajar2 yang kejap gagal, kejap lulus.), Program Motivasi (Khas menjawab soalan Bahagian B) dan macam-macam lagi program yang telah saya aturkan. Terima kasih kepada Menteri Besar, Negeri Sembilan yang menyumbangkan bantuan kewangan, dengan sumber kewangan tersebut, segala aktiviti boleh dijalankan dengan lancar..dan juga boleh membeli buku-buku latihan/rujukan semua subjek untuk dilatih tubi di dalam kelas bagi mengukuhkan kefahaman pelajar dalam menghadapi upsr nanti..