Archive for the Final Piala FA Category

Final Piala FA Malam Ini Di Stadium Nasional Bukit Jalil..

Posted in Final Piala FA on April 10, 2010 by sekamarrindu2009

Jurulatih Negeri Sembilan dan Kedah

Pasukan Negeri Sembilan

Malam ini saya buat kesekiankali nya akan bertandang ke Stadium Nasonal Bukit Jalil, di Kuala Lumpur untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Piala FA, apabila Negeri Sembilan menentang Kedah malam ini. Kepada sesiapa yang tidak dapat datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil, pihak RTM akan menyiarkan perlawanan hebat ini menerusi TV1, jam 8.45 malam..

Perlawanan ini dijangka hebat, menurut jurulatih Kedah, Ahmad Yusuf, sebagai berkata, kejayaan sesebuah pasukan banyak bergantung kepada kesungguhan pemain dan keupayaan mempamerkan persembahan sempurna sepanjang 90 minit perlawanan.

Semantara itu, menurut Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, beliau menyandarkan di bahu pemain muda berbakat yang digabungkan dengan bintang berpengalaman untuk memenangi Piala FA malam ini.

Setiap inci peristiwa yang berlaku di dalam stadium malam ini akan saya ulas dalam entri di dalam blog ini, esok. mungkin apa yang anda tengok di kaca tv, tidak semua dapat lihat di dalam stadium sepenuhnya. Perincian secara menyeluruh, gelagat penonton, suasana di dalam stadium tingkat bawah dan atas akan dihuraikan..

Moga apa yang berlaku pada final Piala Malaysia antara Kelanatan lwn Negeri Sembilan, tidak berlaku pada saya..pada malam final tu ( 07hb November 2009) kereta saya dipancitkan tayar..minta-minta tayar motor saya tak lah menjadi nasib yang sama.. Saya yakin, penyokong-penyokong Negeri Sembilan dan Kedah tidaklah terlalu fanitik, tidak seperti penyokong-penyokong Kelantan yang terlalu fanatik hingga ke tahap maksima.. Saya datang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, bukan mahu melihat penyokong bergaduh, bakar sana bakar sini..

Bola sepak adalah satu permainan yang paling diminati di dunia, meskipun taraf bola sepak Malaysia kita terkebelakang sedikit di antara pasukan-pasukan lain di Asia Tenggara, (jika memandang raking), namun saya tetap menyokong pasukan-pasukan dalam negara kita, selain Kelab ternama dunia Chelsea.

Permainan bola sepak memerlukan kekuatan emosi dan fizikal. Kekuatan emosi penting apabila berhadapan dengan puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan. Pengalaman saya yang bermain bola sepak mewakili pasukan negeri warisan budaya saya, Kelantan dalam Pertandingan Pila Milo dulu tetap segar dalam ingatan.. semangat berpasukan, kena marah kat jurulatih adalah sudah biasa. itu kenangan lama..abaikanlah..tak penting pun..yang penting malam ini fokus malam ini..

Saya sempat keluar di bandar seremban pagi ini..ramai penyokong sudah berkumpul dan berbaris panjang di Stesyen LRT, ( semuanya memakai baju kuning).

Saya yakin, perlawanan malam pasti hebat..dan saya yakin Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama serta para pembesar-pembesar negeri yang lain, termasuk Menteri Besar kedua-dua negeri akan hadir…

p/s: miss u
Advertisements