Archive for the Gadis 17 tahun ugut bunuh ibunya dengan pistol supaya dibelikan kereta sport Category

>Gadis 17 tahun ugut bunuh ibunya dengan pistol supaya dibelikan kereta sport

Posted in Gadis 17 tahun ugut bunuh ibunya dengan pistol supaya dibelikan kereta sport on April 9, 2011 by sekamarrindu2009

>

Bagaimana anda merengek meminta kereta baru kepada orang tua ketika masih muda? Gadis berusia 17 tahun ini terlalu, dia mengacukan sebuah pistol kepada ibunya agar dibolehkan membeli sebuah kereta sport Nissan 350Z.

Seperti dilapor topspeed, Isnin (4/4/2011) gadis itu mengunjungi wakil penjual Nissan Sutherlan di Fort Myers, Florida dan rupanya tertarik dengan kereta sport Nissan.

Salesman Nissan lalu meminta gadis itu untuk meminta persetujuan orangtua. Gadis itu berkata pada salesman bahawa dia akan pulang dulu ke rumah.

Ketika sampai di rumah dan ibu menolak permintaannya, tiba-tiba gadis yang putus asa itu langsung mengacukan sang ibu dengan pistol dan mengancam ibunya untuk menghantarnya ke wakil penjual kereta itu..

Singkat kata, polis akhirnya menangkap gadis yang kecewa itu kerana pistol itu rupanya merupakan pistol curi. Dan kes pencurian pistol itu tidak pernah terungkap sejak tahun lalu. Namun kerana sayang dan ingin melindungi anak gadisnya, ibunya tidak mendakwa anak durhaka itu
.

p/s….. apa jenis anak la mcm ni….

Advertisements