Archive for the Gadis sembunyi baju dalam cuba tipu penguat kuasa..kena cekup bersama kekasih malam tadi Category

>Gadis sembunyi baju dalam cuba tipu penguatkuasa..kena cekup bersama kekasih ..

Posted in Gadis sembunyi baju dalam cuba tipu penguat kuasa..kena cekup bersama kekasih malam tadi on April 10, 2011 by sekamarrindu2009

>

GEORGETOWN: Dua pasangan kekasih termasuk seorang daripadanya yang cuba menyembunyikan bungkusan berisi pakaian dalam di sebalik pintu bilik hotel, ditahan dalam operasi cegah maksiat berasingan di Batu Ferringhi, di sini.

Dalam operasi kira-kira jam 3.35 pagi Rabu lalu itu membabitkan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.

Khairul Azman berkata, sebuah bilik hotel diperiksa dan apabila pintunya diketuk sebelum dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berusia 20-an itu tidak memakai seluar dalam apabila tangannya masih lagi memegang seluar dalam miliknya dipercayai tidak sempat dipakai.

Katanya, pemeriksaan juga turut dilakukan ke atas suspek wanita berusia 20-an dan didapati dia juga hanya memakai baju dan seluar sedangkan colinya berada dalam beg plastik.

“Semua barangan berkenaan kemudian dirampas sebagai bahan bukti dan pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Khairul Azman berkata, dalam satu lagi pemeriksaan di sebuah bilik hotel kira-kira jam 4.50 pagi selepas pihaknya menerima maklumat awam berjaya menahan sepasang pasangan kekasih.

Menurutnya, sebaik pintu bilik dibuka didapati terdapat seorang wanita berpakaian lengkap, manakala lelaki bersembunyi di sebalik pintu hanya dengan bertuala tanpa baju.

Katanya, ketika pemeriksaan mereka gagal membuktikan dokumen pernikahan yang sah ketika diminta dan akhirnya mengaku masih belum berkahwin sebelum ditahan dan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut.
sumber: metro ahad 10hb April 2011
[ cadangan : mereka yg ditangkap ini perlu dihukum sebat..buat mcm Acheh ]

Advertisements