Archive for the [ gambar] Anak Gajah Merajuk Tak Mahu Ditimbang Category

[ gambar] Anak Gajah Merajuk Tak Mahu Ditimbang

Posted in [ gambar] Anak Gajah Merajuk Tak Mahu Ditimbang on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

SEORANG pekerja menarik belalai anak gajah itu supaya haiwan itu berdiri di atas alat penimbang di Zoo Wuppertal, Jerman kelmarin.

WUPPERTAL, Jerman – Dua keping gambar menunjukkan seorang pekerja menarik belalai seekor anak gajah untuk memujuk haiwan itu menaiki sebuah alat penimbang di Zoo Wuppertal, di sini kelmarin.

Pekerja berkenaan menarik belalai anak gajah bernama Uli itu untuk merekodkan berat haiwan tersebut dalam prosedur rutin di zoo berkenaan.

Namun, Uli yang ketakutan enggan memberi kerjasama apabila haiwan tersebut meundukkan kepalanya bagi mengelak ia ditarik ke atas penimbang tersebut.

Anak gajah itu kemudian akhirnya berdiri di atas penimbang tersebut dengan seorang kakitangan membelai kepala haiwan tersebut. – Agensi

Advertisements