Archive for the [ gambar ] Asyik BERCUMBUAN Di Sebalik RUSUHAN Dan GAS PEMEDIH MATA Category

>[ gambar ] Asyik BERCUMBUAN Di Sebalik RUSUHAN Dan GAS PEMEDIH MATA

Posted in [ gambar ] Asyik BERCUMBUAN Di Sebalik RUSUHAN Dan GAS PEMEDIH MATA on June 21, 2011 by sekamarrindu2009

>

Ditengah kekecohan di tengah bandar setelah penyokong Vancouver Canucks membuat rusuhan setelah pasukannya gagal memenangi Piala Stanley. Banyak kejadian kebakaran, rompakan dan pergaduhan berlaku sepanjang rusuhan Vancouver 2011. Pastinya pelbagai reaksi berbeza dapat dilihat setelah keghairahan diluahkan di jalanan.

Pada masa yang sama juga, ada pula sepasang kekasih asyik bercumbuan di jalanan. Tetapi ia tidak akan bertahan lama.

Apabila sebuah foto unik pasangan kekasih ini bermesra dan bercumbu disebalik tembakan gas pemedih mata yang ditembak pihak polis pada pagi Khamis lalu, sudah pasti ia menjadi perlumbaan kepada pihak media untuk mendapatkan berita tentangnya.

Dan yang pastinya, akan ada seribu pertanyaan ditimbulkan media. Siapakah mereka? Apakah yang mereka fikirkan? Dan siapa yang dapat mengesan mereka terlebih dahulu?

“Kami sedang mencari pasangan bercium di dalam foto ini,” menurut tweeted CBC News pada pukul 10.00 pagi Khamis. “Anda kenal mereka?”

Permulaan yang baik. Lagipun, Twitter seperti kebiasaannya dapat mendapatkan imej tersebut dengan cepat.

Nampaknya manusia pertama yang mengesan foto unik ini ialah Gerrard Trojillo (gt23GOTHUNDER) yang menulis di dalam Tweet, “Kelakar, pasangan ini bercium semasa rusuhan canuck” pada kira-kira jam 10.00 pagi Khamis lalu
p/s: bila dah nafsu tak dapat dibendung….mcm nilah jadinya..