Archive for the [ gambar ] Inilah Lambang Kasih Sayang Yang Sebenarnya. Category

[ gambar ] Inilah Lambang Kasih Sayang Yang Sebenarnya..

Posted in [ gambar ] Inilah Lambang Kasih Sayang Yang Sebenarnya. on October 24, 2011 by sekamarrindu2009

Melihat gambar di atas cukup jelas menggambarkan erti kasih sayang. Bercerita tentang kasih sayang, mahu tidak mahu ianya berkait rapat dengan hati. Kasih sayang umpama tali yang mengikat hati-hati manusia. Apabila wujud kasih sayang, maka lahirlah perasaan cinta dan kemesraan.

Melihat gambar di atas mesti ada yang akan terharu. Apa tidaknya.. sungguh murni dan mulia kasih sayang seorang kakak yang berumur 9 tahun menjaga dengan penuh rasa kasih sayang terhadap adiknya yang berusia 8 bulan. sanggup membawa adiknya ke sekolah kerana ibu dan bapa budak ini terpaksa berkerja untuk mencari nafkah. Nafkah penting untuk kelangsungan hidup dan pelajaran juga penting untuk masa depan.

Kegigihan budak ini membawa adiknya ke sekolah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang sungguh menarik minat ramai pihak di China. Ianya lambang kasih sayang, ketabahan, kemiskinan dan kecekalan untuk mengharungi kehidupan yang sungguh mencabar di dunia kini.
sumber gambar : borak kosong