Archive for the [ gambar ] Jom Lihat Permainan Hoki Ais Yang dimainkan di bawah permukaan AIS Category

[ gambar ] Jom Lihat Permainan Hoki Ais Yang dimainkan di bawah permukaan AIS

Posted in [ gambar ] Jom Lihat Permainan Hoki Ais Yang dimainkan di bawah permukaan AIS on August 27, 2011 by sekamarrindu2009

Inilah permainan yang sungguh unik, permainan hoki ais di bawah permukaan ais, yang pertama dimainkan di dunia.

Underwater Ice Hockey adalah sukan yang terbaru yang diperkenalkan yang berasal dari Austria dan semakin popular di kalangan freedivers dan penggemar olahraga ekstrim.

Hoki dibawah ais dimainkan di sebuah tasik yang membeku, dimainkan di tasik yang mempunyai kedalaman 6 meter dan lebar 8 meter. Setelah memotong lubang persegi di ais, pemain mengenakan pakaian selam dan membawa tongkat hoki melompat ke dalam ais dingin dan mencuba untuk memasukkan bola yang mengambang ke gawang lawan mereka. Permainan ini seolah-olah permainan hokis ais terbalik.

Semua pemain di bawah ais ini perlu mempunyai ketahanan menahan nafas yang sangat baik, dan mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang sangat tinggi.



Untuk bernafas pemain perlu naik ke permukaan setiap 30 saat untuk menghirup udara segar. Kerana penyelam dapat dengan mudah kehabisan nafas selama pertandingan. Waktu untuk hoki di bawah ais berlangsung 10 minit, dan pemain diperbolehkan istirahat 10 minit untuk pemanasan.