Archive for the Geram kahwin lari Category

>gara-gara bawa lari anak gadis orang kahwin di Thailand, lelaki ini teruk dipukul.

Posted in Geram kahwin lari on May 21, 2011 by sekamarrindu2009

>

SAKIT…Mohd Azhar mengalami cedera di mata, tangan dan anggota badan akibat dibelasah awal pagi, kelmarin.

SUNGAI PETANI: “Saya bukan saja dibelasah dengan tangan diikat pada tiang, malah hanya tinggal seluar dalam selepas pakaian saya ditanggalkan,” kata seorang peniaga, Mohd Azhar Aziz, 31, yang mendakwa dipukul lebih sejam oleh sekumpulan 40 lelaki di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati anggota keluarga isteri Mohd Azhar yang baru dikahwininya seminggu lalu di Thailand.

Mohd Azhar yang juga seorang peniaga berkata, dalam kejadian itu sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal datang ke rumahnya di Taman Orkid, Sungai Layar di sini, sebelum memecah masuk pagar dan pintu rumah.

Ketika itu, Mohd Azahar dan isterinya yang berusia 23 tahun berada di rumah dan kumpulan lelaki terbabit memaksanya memandu kereta dengan diiringi dua lelaki manakala isterinya dibawa dengan sebuah kereta lain.

Dia kemudian diarah berhenti dan turun dari kereta sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda.

sumber: Harian Metro 21hb Mei 2011

Memang rasa terkilan dan sukar nak digambarkan seandainya perkara ini terjadi.. mengapa perlu membawa anak gadis orang kahwin ke Tahiland..?..dalam hal ini sepatutnya tidak berlaku kalau tidak mengambil tindakan terburu-buru..
perkahwinan adalah soal besar yang tidak boleh diambil mudah, dengan kata lain maruah keluarga sama ada lelaki dan perempuan perlu difikirkan juga…
semoga menjadi pengajaran kepada kita semua….