Archive for the Ghadafi Sudah Cabut Ke Venezuela? Category

>Ghadafi Sudah Cabut Ke Venezuela?

Posted in Ghadafi Sudah Cabut Ke Venezuela? on February 22, 2011 by sekamarrindu2009

>

BRUSSELS – Spekulasi tentang kedudukan pemimpin Libya Muammar Ghadafi semakin meluas. Pejabat kementerian luar negeri England, William Hague mengatakan, ada kemungkinan Ghadafi sedang dalam perjalanan menuju ke Venezuela.

“Anda yang bertanyakan kepada saya apakah Ghadafi berada di Venezuela,” kata Hague kepada wartawan selepas pertemuan dengan menteri luar negeri Uni Eropah (UE) yang membahaskan revolusi di Libya dan negara Arab.

“Saya tidak mepunyai informasi yang mengesahkan perkara itu. Tetapi saya ada menerima informasi yang menyatakan dia dalam perjalanan,” sambungnya seperti dilaporkan AFP, Isnin (21/2/2011). Ghadafi memang selama ini dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan Presiden Venezuela Hugo Chavez.

Seorang diplomat yang enggan dikenali kemudiannya menambah keterangan Hague. Informasi tersebut diperolehi daripada laporan agen yang dihubungi di sana.

Meskipun begitu, diplomat tersebut tidak juga dapat mengesahkan apakah benar Ghadafi sudah meninggalkan Libya.

Ketika dihubungi untuk kepastian, pejabat Venezuela membantah khabar angin ini. Sumber AFP di Venezuela mengatakan, Ghadafi tidak ada menghubungi pemerintah Venezuela kebelakangan ini.