Archive for the gunung datuk Category

Mengimbau Memori…Berkhemah di Gunung Datuk, Rembau

Posted in gunung datuk on May 2, 2010 by sekamarrindu2009

di puncak Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan ( gambar sahabat saya)

pemandangan 360 darjah..sungguh indah
dipercayai kesan tapak kaki Hang Tuah
Lakaran ketinggian Gunung Datuk
Tangga menegak untuk ke puncak
papan kenyataan berkaitan Gunung Datuk


Melakukan aktiviti lasak dan mencabar memang seronok dan sangat teruja. Sebagai insan yang aktif, mendaki gunung adalah kegemaran saya. Antara contohnya, Gunung Datuk, di daerah Rembau, beberapa kali saya sudah daki sampai di puncak dan satu kali mendaki bersama rakan-rakan saya. Untuk mendaki gunung seperti ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat, kerana Gunung Datuk, yang mempunyai ketinggian 870meter (2900 kaki) dan untuk sampai ke puncak terpaksa menaiki tangga khas secara menegak 90′ darjah.

Buat pengetahuan semua, Taman Rekreasi Gunung Datuk, sangat cantik sekali, ianya dilengkapi dengan bilik air, bilik solat, dewan serbaguna serta beberapa chalet kecil. Terdapat aliran air terjun yang cantik di bawahnya menggamit sesiapa saja yang hadir ke sana.

Puncak Gunung Datuk merupakan satu kawasan lapang serta mempunyai beberapa batu besar. Di puncak ini, sesiapa saja boleh melihat pemandangan 360 darjah bandar Seremban, yang sangat jelas kelihatan. Begitu juga dapat melihat Selat Melaka jika awan tidak mendung. Di puncak ini juga terdapat satu kesan tapak kaki, yang berlubang yang mitosnya, dipercayai tapak kaki Hang Tuah dan satu lagi tapak kakinya ada di Tanjung Tuan, Port Dickson.

Awal tahun yg lalu saya membawa pelajar-pelajar (ahli pengakap) dari sekolah saya,untuk berkhemah di kaki Gunung Datuk ini, tempatnya cantik dan menarik dan tak hairanlah pada hujung minggu, terdapat pelancung-pelancung dari luar negara yang turut serta mendaki. Kebanyakannya pelancong dari Singapura, Jepun, Korea dan Eropah. Walaupun berkemah di kaki gunung saja, namun suasana yang nyaman dan indah serta tenang sangat sesuai untuk sesiapa saja rasainya.

Pergi berkhemah pada petang Jumaat dan pulang pada pagi Ahad, merupakan satu kenangan yang sangat manis dan sangat menyeronokkan. Saya sebagai Kem Komanden bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ahli-ahli pengakap yang seramai 150 orang itu, akan bermesyuarat sebaik ahli-ahli pengakap masuk tidur di dalam khemah masing-masing. Dari situ sebarang laporan daripada semua AJK yang bertanggungjawab akan diperolehi. Pelbagai aktiviti yang saya aturkan, antaranya Pertandingan Kawad Kaki, Kembara Malam, Larian Komando, Persembahan Malam Kebudayaan. Malam Kebudayaan, (malam last camping) adalah malam kemuncak. Malam inilah semua patrol akan membuat persembahan masing-masing, dan seperti biasa, saya bersama-sama beberapa rakan guru yang lain akan bergilir-gilir menyanyikan lagu-lagu pengakap bersama-sama yang lainnya diiringi petikan gitar oleh saya dan rakan saya cikgu Amin.

Tugas sebagai kem Komanden, sangat berat. Keselamatan murid dan semua yang menyertai berada di bawah tanggungjawab Kem Komanden. Dan setiap jam saya akan mendapat laporan berkaitan apa saja yang berlaku semasa perkhemahan dan akan dimasukkan di dalam buku log perkhemahan.

Masalah besar, tidak ada… cuma ada beberapa orang pelajar (tahun 4) yang menangis mahu pulang ke rumah kerana, teramat rindukan mak, nenek dan lain-lain. Kes-kes seperti ini tidak akan dilayan oleh saya. Semua yang berjaya menamatkan perkhemahan ini, akan mendapat satu lencana, “Lencana Kris Perak” yang boleh dilekatkan di uniform pengakap masing-masing.

Advertisements