Archive for the Guru lesbian dipenjara 15 bulan Category

Guru lesbian dipenjara 15 bulan

Posted in Guru lesbian dipenjara 15 bulan on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

LONDON – Seorang hakim sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap seorang guru wanita yang berumur 26 tahun, Helen Goddard (gambar) kerana menjalin hubungan seks dengan pelajar perempuan di bawah umur, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, dia dibenarkan oleh hakim itu untuk menemui pelajar wanita tersebut selepas dibebaskan dari penjara.

Goddard membuat tumbukan ke udara sebagai isyarat kemenangan kerana hubungannya dengan mangsa dapat diteruskan berikutan keputusan hakim itu.
Hakim Anthony Pitts yang menjatuhkan hukuman itu berkata: “Kes ini amat serius dan satu hukuman penjara yang segera tidak dapat dielakkan.”

Pitts menolak permintaan daripada pendakwa raya yang meminta guru itu dilarang daripada menghubungi mangsa selama lima tahun.Guru itu turut dilarang untuk mengajar kanak-kanak.

Hubungan intim antara mereka sebelum ini hangat diperkatakan di sekolah di kalangan pelajar.Ibu mangsa kemudian membuat perangkap dengan mengekori anaknya yang didapati pergi ke rumah guru itu untuk bermalam.

Polis kemudian dihubungi oleh ibu mangsa menyebabkan pelajar perempuan itu membuat pengakuan dengan menyatakan dia mencintai gurunya.

Semasa kes itu didengar pada bulan lalu, Goddard mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar tersebut. – Agensi

Advertisements