Archive for the hari ibu Category

garis-garis wajah ibu yang ku rindu..

Posted in hari ibu on May 9, 2010 by sekamarrindu2009

Pagi ini saya sangat rindukan ibu saya…seorang ibu ( ibu bermata bulat) yang telah melahirkan saya, 30 tahun yang lalu. Hanya doa yang mampu saya panjatkan untuk awrah ibu, usai solat tahjjud pagi ini. Memohon pada Allah swt agar mengampunkan segala dosa-dosanya, mengasihinya sebagaimana ibu mengasihi saya, abang dan ayah, dalam suka dan duka, pahit dan manis.

Terlalu besar pengorbanan ibu dan tiada boleh terbalas walaupun ditukarkan dengan seluruh isi bumi ini. Tidak terbalas. Semua pengorbanan yang tiada tolok bandingnya. Penat lelah seorang ibu dan ayah membesarkanku semuanya sangat-sangat ku hargai. Tanpa mereka, siapalah ku di bumi yang penuh pancaroba ini..
ibu..
di saat ku melihat dunia..
ibu tersenyum menangis gembira..
tatkala ku dibesarkan..
ibu curahkan segunung kasih sayang..
selaut belaian..

Ku lahir tanpa apa-apa..
ibulah yang mengajarku segala..
tentang dunia,
tentang akhirat,
tentang cinta,
tentang segalanya..

ibu..
garis-garis wajahmu..
umpama rumput-rumput di padang rindu..
atau lengkung perahu, berjajar mengalir ke hulu.

malam ke tujuh..
saat dedaun kenangan jatuh..
gerimis luruh mengaduh
pada batu, rekah tanah
juga lembar sejadah..

ku ingin menujumu..
dengan sekerat rindu yang syahdu..
di sepanjang jarak waktu..

p/s: alfatihah buat ibu..

Advertisements