Archive for the harnina Category

Harnina: anak angkat cikgu…….

Posted in harnina on May 16, 2010 by sekamarrindu2009

” Cikgu…., rambut cikgu ada uban la…saya nampak ada, satu…” kata anak murid saya yang paling manja di kelas Tahun 1. Harnina namanya. Pasti bila waktu rehat, dia dan kawan2 nya akan datang ke bilik guru saja berjumpa saya..

” kamu tak pergi ke kantin ker Nina”, panggilan saya kepada anak murid saya tu., beliau seorang anak murid yang paling pintar di dalam kelasnya.

” dah pergi dah…cikgu tak pergi kantin?” tanya dia..

” nantilah cikgu pergi..” kata saya ringkas..

” cikgu.., ari tu cikgu lum abis lagi kan, cerita, ala dalam kelas ari tu, kan cikgu cerita tu..” katanya lagi..”

” ya ke?..mana ada, dah habis kan..” kata saya selamba, memang sengaja saya tak bercerita sampai habis pun,

” cikgu, ari tu kan, saya nampak cikgu makan kat kedai tu…hari-hari cikgu makan kat situ, cikgu ni malas nak masak ye…” kata-kata pelajar pintar ini, suara kuatnya telah didengari oleh beberapa cikgu lain, saya lihat, beberapa cikgu lainnya memandang saya…dengan tergelak kecil..

” ya ke? mana ada? cikgu tak ada makan kat kedai tu..cikgu masak la…”

“ada.., saya nampak la…hari-hari ada..” katanya sambil tersipu2 malu..

” ishhh….budak ni.” kata saya dalam hati.. hehee

” oooh..kalau nampak hari-hari, maknanya Nina pun makan kat kedai jugak la ya..” balas saya pula…”

Dia hanya diam…bila mendengar jawapan saya tu…

“nape diam…?”…

” tak de apa…sambil dia tersenyum simpul…”
Sebelum balik dari sekolah, setiap hari pasti dia dan beberapa rakan-rakannya akan singgah di bilik guru untuk bersalaman dengan guru-guru, dan sayalah yang mula-mula dijumpainya.. memang bagus pelajar ni dan sangat petah berbicara, sangat comel sekali.. Ibunya seorang pensyarah dan ayah Harnina juga seorang pensyarah di salah sebuah instistusi terkenal di Seremban.

Pada suatu hari, dalam perjalanan saya menuju ke kereta untuk pulang, selepas tamat waktu persekolahan, saya didatangi oleh ayah Harnina,

” Assalamualaikum..cikgu” ayah Harnina memberi salam.

“Walaikummusalam..” sambil saya menghulurkan tangan untuk bersalaman.

” Cikgu Man ya,?” tanya ayah Harnina…

“Ya , saya..” jawab saya ringkas..

” Ni haa, anak saya ni, selalu dok cerita pasal cikgu, balik sekolah saja, ada saja yang dicerita pasal cikgu pada saya, dan ibunya..” katanya sambil tersenyum..

” ya? cerita apa ni Nina..,” tanya saya, risau pula apa yang diceritakan..

” kalau dalam perjalanan ke mana-mana, dan lalu di hadapan rumah cikgu, pasti anak saya ni dok cerita…kalau tak cerita pasal cikgu..memang tak sah.”

“Dia pernah bagitahu.. kalau cikgu ada kursus ke apa ke, cikgu tak datang sekolah, dia kata tak best kalau cikgu tak ada..” kata ayah Harnina, yang betul2 mengejutkan saya..

Sebelum saya menamatkan perbualan, dan meminta diri untuk pulang,

“cikgu,..cikgu anggaplah nina ni seperti anak angkat cikgu…” kata ayah nina perlahan.

Saya jadi kelu, terharu dan tak tahu nak kata apa…

p/s: Harnina dan familynya satu2 penjaga yang datang melawat saya di rumah semasa saya demam beberapa minggu yang lalu.. terima kasih..
Advertisements