Archive for the hati tersentuh Category

bila hati tersentuh….

Posted in hati tersentuh on August 22, 2010 by sekamarrindu2009


18hb Ogos 2010/rabu

seperti biasa..sebelum memulakan p&p di dalam kelas, sempat bertanya semua beberapa pelajar tahun 2, berkenaan menu atau juadah berbuka puasa.. aku tertarik dengan satu jawapan anak murid aku yang satu ni.., sedih pun ada, sayu pun ada..

” Dan… ( nama ringkas pelajar saya),…petang semalam, kamu berbuka puasa dengan juadah apa?” tanya ku …

pelajar ini, hanya diam..tak memberi jawapan…dan teragak-agak mungkin….tak mengapalah, tak nak jawab pun x mengapa, kata aku…mungkin dia ada alasan yang sendiri… tiba2 pelajar tadi datang ke meja aku, dia menyatakan pada aku..:

” cikgu..petang semalam, saya mak, ayah dan adik2 berbuka dengan maggi saja..”

” maggi..? kenapa…?..” tanya aku perlahan..

“maggi sebab tak ada apa yang nak dimakan…” tulah terpacul dari mulut pelajar tu..

Sejujurnya aku sedih….bukan salah nak makan apa pun,. wp makan maggi..tapi kata ” kat rumah tak ada yg nak dimakan..” tu yg buatkan hati aku rasa sedih..

“abis..sahur pula dengan apa.?”…

“Sahur tu, yang cikgu bagi tu..”.( merujuk kepada biskut dan beberapa makanan RMT yang pihak sekolah bagi kat pelajar.. kerana bulan puasa RMT tak dapat dijalankan..kerana ada peruntukan, maka bagilah beberapa makanan tu)

lagi aku tersentak….semua kak dan abang kamu, makan biskut la mcm ni…?”

“mak dan ayah, minum air saja…biskut tu kakak dan abang..saja yang makan..” katanya….

inilah antara kemiskinan yang ada di dalam dunia……di saat kita semua makan makanan yg best2..jiran sebelah rumah kita hanya makan maggi..ayah terpaksa berkorban untuk anak-anaknya..anak2 yg masih kecil dan yang belum faham akan ujian di dunia ini….
p/s: yang makan maggi kerana terlupa nak beli beras..tak termasuk dlm kes ni…
Advertisements