Archive for the hebatnya Presiden Iran Category

hebat betul Presiden Iran Ini…

Posted in hebatnya Presiden Iran on December 1, 2010 by sekamarrindu2009

seorang presiden hanya melelapkan matanya di salah sebuah masjd sebelum menunggu waktu mesyuarat bersama menteri-menterinya….

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan melelong kereta Peugeot 504 yang dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan, lapor sebuah stesen televisyen semalam.

Wang hasil lelongan kereta itu akan diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang berpendapatan rendah.

“Kereta itu akan dijual dalam satu lelongan antarabangsa,” kata Menteri Kebajikan dan Keselamatan Sosial, Sadeq Mahsouli dalam laman web televisyen tersebut.

Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih.

Pada Februari lalu, Menteri Perumahan, Ali Nikzad menyatakan, kira-kira satu juta penduduk Iran layak untuk mendapatkan rumah kos murah itu. – AFP

sumber: best1og blog