Archive for the hormati kamu Category

Sekadar Renungan: Siapa Wanita Di Mata Saya?

Posted in hormati kamu on May 11, 2010 by sekamarrindu2009

Jika saya ditanya sebagai lelaki, Bagaimana saya menilai seorang wanita? Jawapan saya mudah saja: Semua wanita di dunia ini adalah saya pandang selayaknya sebagai seorang ibu, sebagai seorang isteri dan sebagai anak perempuan.. namun dalam dunia akhir zaman ini, setiap hari kita dipaparkan dengan cerita-cerita yang kurang menyenangkan, kisah tikam isteri, kisah suami mencurahkan asid ke muka dan tubuh isteri, dan yang terbaru kasih suami menggunakan pisau untuk melukakan alat sulit si isteri sangat mengejutkan dan tidak boleh diterima dengan akal yg waras..

Sebelum kedatangan Islam, wanita hanya dijadikan alat pelengkap keperluan nafsu lelaki semata-mata, tidak lebih daripada itu. Namun dengan kedatangan Islam, kehormatan yang Islam anugerahkan kepada wanita tercatat dalam bingkai sejarah yang gemilang, di situ terserlah ketokohan dan kewibawaan wanita-wanita Islam dan berdiri bersama-sama lelaki serta memainkan peranan yg penting dalam masyarakat. Siti Khadijah RA seorang wanita terkaya dan terpandang di tengah kaumnya kerana kepintaran dan kejujurannya dalam bidang perniagaan. Siti Aisyah RA pula, adalah seorang guru kepada para alim ulama di kalangan sahabat-sahabat utama yang berkhidmat untuk kegemilangan ilmu yang melahirkan ilmuwan-ilmuwan yang menyebarkan ilmu Allah SWT di serata dunia. Zubaidah isteri Harun al-Rasyid yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikannya untuk umat Islam dengan pembinaan “Ain Zubaidah”. Siapakah dari kalangan lelaki yang masih memandang wanita dengan sebelah mata?

Sejujurnya saya sangat menghormati wanita. Ini bukanlah bermakna saya tidak menghormti lelaki. Bukan itu maksud saya. Sikap mahu menunjukan kuat dan berkuasa pada diri lelaki dan pemberontakkan yang dilakukan dengan kelembutan kaum wanita tidak akan ada penghujungnya. Bila tiada rasa hormat pada wanita, maka kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ke atas wanita akan berlaku. Dengan tidak ada rasa hormat pada wanita maka berlakunya kejadian kekerasan ke atas wanita, contohnya kejadian rogol, pencabulan ke atas hak-hak seorang wanita. Perbezaan pemikiran dan emosi hendaklah tidak menjadi punca persengketaan yang akhirnya menjejaskan peranan kedua-duanya. Untuk renungan: satu persoalan saya lontarkan Bolehkah kita hidup tanpa wanita? dan bolehkah wanita hidup tanpa lelaki? Siapakah emak atau ibu kita? Mengapa Allah swt jadikan lelaki dan di sisinya ada wanita? Rahmat Allah swt yang menyatukannya supaya manusia ingat bahawa kita dihidupkan semata-mata untuk beribadat kepada Allah swt.

Kes-kes yang sering membelenggu wanita lalah seperti kes poligami, tuntutan nafkah, hadanah dan harta sepencarian sering menjadi agenda yang selalu dihadapi oleh seorang wanita, apabila berlaku kes-kes penceraian, tidak kurang juga dengan kes-kes rogol, gangguan seksual di pejabat, dan bermacam-macam lagi.

Semoga tidak akan ada lagi kes-kes penganiayaan wanita serta kekerasan di dalam rumahtangga
berlaku…

p/s: Saya amat menghormati wanita..dan sangat menghormati kamu…

* Semoga cepat sembuh….
Advertisements