Archive for the hujan rindu petang ini…. Category

>hujan rindu petang ini….

Posted in hujan rindu petang ini.... on June 18, 2011 by sekamarrindu2009

>

titis hujan melambai di kaca jendela petang ini..
ku mencari alamat hatimu..
ku temui kolam…yang sunyi sepi..
lalu ku tenggelamkan dalam bening puisi sepi..
itulah istimewanya tentang dirimu..
ketika renyai hujan membasuh tanganmu…aku terhanyut di situ.
sayangku..
ku ingin menulis seperti sebaris embun..
yg kuberikan padamu…cukup manis walau sebait senyum..
ku tahu puisi tidak selalu tercipta dari kata..
tapi hanya dengan puisi ku mampu
luahkan rindu ini padamu..

Advertisements