Archive for the hujan…. Category

>hujan malam ini….

Posted in hujan.... on December 15, 2010 by sekamarrindu2009

>

Malam:
angin berbisik kepada pelepah kelapa
yang hujan akan tiba
daun kering dan kotak kertas
berlari-lari
dalam kehujanan
bulan pun telah pulang.

Subuh:
kenangan bertakung di tepi-tepi jalan dan lubang-lubang
titisan di kaki jendela bercerita
kaca berkabut hampir menangis
langit pun turut muram.

Advertisements

cinta di rintik hujan

Posted in hujan.... on July 5, 2010 by sekamarrindu2009

sayang..
biarku menjadi terumbu karang..
yg berkhidmat pada alun gelombang..
bersama dengan arusmu
yg luas dan curam..

sayang..
biarku menjadi rintik hujan..
menurunkan hujan cinta
membawa rindu dan kenangan..
moga kita bahagia..


p/s:…..hujan….selalu buatku bimbang...

hujan petang ini..

Posted in hujan.... on June 25, 2010 by sekamarrindu2009

ku ingin menjadi hujan
agar bisa selalu kau rindukan
ketika tiba saatnya kemarau panjang

ku ingin menjadi hujan
kerana hujan bererti kehidupan
dan ku ingin hatimu tetap hidup


Masalahnya: ku kalau terkena hujan, akan demam,
kamu tidak..!….



p/s: hujan….

aku adalah hujan….

Posted in hujan.... on June 11, 2010 by sekamarrindu2009

hujan di luar rumah sekarang

hujan ..rahmat pada bumi

aku adalah hujan..
turunku bersama sepi
panjang merintik dengan cinta..
hanya untukmu saja
anak awan yg tak berkabut..
merona dengan dingin…
hati suram menjadi ceria..

tempias hujan sentiasa sakit..
tempias hujan membawa rindu
jauh menusuk ke dalam hati
moga;
pertemuan cinta akan mengubati..
puncak cinta adalah kerinduan..
kerananya kita sama memakani

aku adalah hujan…
membasahi hati dan perasaan..
di petang yg kesepian..

p/s: petang yg dingin…………