Archive for the Inilah alat untuk lelaki rasa macamnana rasa sakit wanita datang haid Category

>[ gambar ] Inilah alat untuk lelaki rasa macamnana rasa sakit wanita datang haid

Posted in Inilah alat untuk lelaki rasa macamnana rasa sakit wanita datang haid on February 25, 2011 by sekamarrindu2009

>

Jika ada lelaki yang ingin tahu rasa sakit wanita ketika kedatangan haid atau menstruasi, kini boleh mencubanya. Dengan Menstruation Machine, lelaki boleh mengetahui bagaimana rasanya sakit bila wanita datang haid..

Menstruasi adalah perubahan fisiologis dalam tubuh wanita yang terjadi secara berkala dan dipengaruhi oleh hormon reproduksi. Biasanya, pada masa ini wanita mengalami dismenore atau kesakitan.

Dismenore biasanya mulai timbul ketika sebelum atau selama menstruasi, mencapai puncaknya dalam waktu 24 jam dan hilang dalam masa 2 hari.

Dismenore sering disertai dengan sakiti perut, mulas, sakit kepala, mual, sembelit atau diare, demam, ngeri dan bengkak pada payudara . Kadang-kadang sampai muntah.

Secara normal menstruasi dan dismenore hanya dapat dirasakan oleh wanita. Tapi Hiromi Ozaki @ Sputniko (25 tahun), seniman Jepun-Inggeris yang juga seorang programmer merancang sebuah alat yang memungkinkan lelaki boleh merasakan sakit ketika kedatangan haid seperti wanita.

Ozaki yang belajar di Fakulti Matematik dan Ilmu Komputer Imperial College, London, memberi nama alatan itu dengan nama Menstruation Machine. Menstruation Machine ini merupakan projek seni yang dikerjakan kerana tertarik dengan kesakitan bulanan yang hampir selalu dirasakan wanita.

Mesin ini bermaksud untuk membiarkan lelaki merasakan sakitnyakedatangan haid yang dirasakan wanita, dan alat ini juga dirancang untuk wanita.Mesin berwarna silver ini boleh disangkutkan di pinggang .

Untuk menitiskan darah, alat ini dilengkapi dengan mekanisme blood dispensing, yang akan menitiskan kira-kira 80 mililiter darah dari tangki yang menstimulasikan masa haid rata-rata lima hari.

Alat ini juga menyediakan teknologi semacam iPad yang berfungsi untuk menghambat aliran darah.

Selain itu, alat ini juga dilengkapi dengan elektroda stimulasi perut bawah (lower-abdomen-stimulating electrodes), iaitu mesin yang akan menstimulasi tekanan pada perut serupa dengan sakit kedatangan haid bulanan wanita.

Menstruation Machine dapat dipakai oleh lelaki yang ingin merasa lebih dekat dengan wanita ( ibu atau isterinya) dan pengalaman kesakitan bila kedatangan haid.

Alat ini juga boleh digunakan oleh wanita yang sudah tidak lagi mengalami haid seperti wanita monapouse.

mungkin lepas ni ada alat khas bagi perempuan untuk tahu betapa sakitnya semasa lelaki sedang berkhatan, sape tahu..kan? hehehe

Advertisements