Archive for the ishhh..ishhhh Category

" cikgu dah sunat lum…."

Posted in ishhh..ishhhh on November 20, 2010 by sekamarrindu2009

semalam hari last persekolahan… jam 11.20 pagi pelajar-pelajar dah pun berkumpul di dewan untuk mendengar amanat daripada guru besar dan lain-lain guru sempena cuti akhir tahun 2010.
guru-guru semuanya berkumpul untuk bersalaman dengan pelajar-pelajar…( mcm biasa spt tahun2 sbelumnya..)
sampai giliran saya berucap, seperti biasalah saya memberi nasihat kepada pelajar, agar tidak melupakan buku walaupun dalam msa cuti..bla..bla..blaa…banyak lagi laaa..saya mengingatkan pelajar-pelajar..
pesanan yang akhir tu lah yang membuatkan saya tergelak..ishh..budak ni..nak kena ni…
” kepada yang akan bersunat..( berkhatan) tu..selamat berkhatan saya ucapkan…”
sebaik saja saya abis kata-kata tu….budak tahun 1 yang berada di bahagian deppan bersuara..walaupun perlahan tapi masih terdengar di telinga saya nihh…
” cikgu dah sunat lum…” tulah kata-kata pelajar saya yang sangat comel tu…dalam hati aku…ishhh…budak bertuah ni….
cikgu2 lain yang dengar pun turut tergelak..sama…..