Archive for the isteri berdandan Category

berdandan pengikat kasih sayang suami isteri..bagaimana caranya..??

Posted in isteri berdandan on October 11, 2010 by sekamarrindu2009

Masa bercinta semua indah saja. Janji dating pukul 5 petang, pukul 2.00 petang dah tunggu di tempat dijanjikan..itulah indahnya masa bercinta bukan?,itu sama bercinta, bila seseorang itu dah pun kahwin, kadang-kadang. Dan masa bercinta juga seseorang perempuan tu akan berhias cantik-cantik, almaklumlah mahu bertemu buah hati. namun apabila sudah berkahwin, kadang2 si isteri jarang menitikberatkan soal berhias ini..ini yang bahaya ini.
Menjadi isteri dan suri rumahtangga bukanlah perkara yg mudah, dengan kata lain, menguruskan rumahtangga bukanlah perkara yang patut dipandang mudah. Suami mahu dilayan dengan pelbagai kerenah ( biasalah suami..hehe) anak-anak juga tidak boleh diabai, sekarang ini, kalau diabai, anak-anak mudah saja terjebak dengan gejala2 yang tidak sihat, sept menghisap rokok, menghidu gam, seks bebas dan lain-lain lagi. Itulah cabaran yang terbesar dalam membesarkan anak-anak. Tanpa didikan agama yang mantap, pasti mereka akan hanyut.
Persoalannya bagaimana cara berdandan oleh isteri yang boleh memikat hati suami? Dan apakah tujuan isteri berdandan sebenarnya? Bagi isteri yang soleh, berdandan hanya untuk suami tersayang saja, bukannya untuk orang lain..dengan kata lain berdandan untuk membangkitkan rasa ghairah suami, itu yang lebih afdal dan besar ganjarannya disisi Allah swt.
Isteri yang cantik, biasanya sangat disiplin menjaga kesihatan diri dan kesegaran tubuh mereka. Perciuaman menjadi lebih sensitif daripada hidung sang suami. Jangan biarkan diri anda kotor dan berbau yang tidak sedap kerana akan menyebabkan datangnya sterss. Biasanya ghairah seks berkait rapat dengan keceriaan anda. Aktifkan tubuh badan anda dengan berjogging atau senaman. Kulitnya lebih kerap berpeluh pasti akan lebih cantik dan nampak muda. Suami yang seharian bekerja tentu gembira diurut dan dibelai oleh tangan isteri yang lemah lembut serta halus. Kedua-duanya harus berusaha membangkitkan rasa ghairah untuk bercinta dengan rasa yang gembira.
Kesan pertama yang membuatkan suami jatuh cinta kepada anda suatu ketika dulu ialah apabila dia terpandang wajah anda yang cantik dan berseri-seri. Cuba perhatikan, masih adakah iras-iras kecantikan alami yang memikat hatinya? Jika tidak ada anda sebagai isteri perlu membuat sesuatu..jangan dibiarkan.
Berhias untuk suami adalah wajib ketika anda di rumah, saat menemani suami makan, melayari internet berdua, menonton televisyen dan saat santai bersama-sama. Jika suami bangun tidur, alangkah bahagianya jika dia melihat bidadari syurga itu mendakapnya dengan haruman yang paling segar dan indah, sarapan yang paling indah dan nikmat dan wajah yang ceria.
Tapi sayanngnya, apabila suami bangun dari tidur, dia melihat si isteri yang masih terlentang di atas katil dengan bau mulut yang tidak sedap, bangun dengan wajah yang masam dengan penuh kebencian kerana kesal dengan kerenah anak-anak yang berebut-rebut hendak pergi ke sekolah, pagi-pagi lagi sudah kacau bilau, macam mana mahu hidup bahagia?
Saya tahu, ramai suami yang tidak berterus terang apabila melihat isteri sebegitu, mungkin mahu menjaga hati. Namun sedarlah keadaan sebegini adalah sangat bahaya kerana suami akan serta merta-merta menyalahkan isteri apabila dia bermaksud mencari yang baru, ( kahwin satu lagi), Tak sedap masaklah, tak cantiklah, tak menghairahkan laa..,tak memahami laaa, dan banyak lagi kekurangan isteri, yang selama ini suami diamkan saja.. Begitulah sifat lelaki, jika dia mahukan, pasti ada saja alasan-alasannya….
Saidina Ali RA, mensifati kecantikkan Saidatina Fatimah RA dengan katanya:
” ketika aku melihatnya, hilanglah kesusahan dan kesedihanku…”
Adakah jiwa Fatimah RA di dalam bayang-bayang keperibadian anda, wahai isteri-isteri yang solehah? Jika suami pulang membawa rezeki yang banyak, anda bersyukur sambil tersenyum kegirangan dan jika suami pualng membawa kerugian, ada tetap tabah sambil mendakapnya san berbisik..
” abang sayang.., yang banyak tidak berkat sungguh menyeksakan, yang sedikit dengan keberkatan Allah SWT menterteramkan hati kita berdua, abang sayang..InsyaAllah…” ( ok ke ayat pujukkan si isteri tu…?? ) hehehe.
Saat itu, mata suami yang memandang tepat di wajah isteri yang berdandan cantik pasti rasa tenang dan lega…mudah-mudahan..
p.s: line masalah